Bashar tetap bertanggungjawab: AS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bashar tetap bertanggungjawab: AS

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bashartetapbertanggungjawab_AS/Article

Washington: Amerika Syarikat menganggap Presiden Syria, Bashar al-Assad tetap bertanggungjawab atas serangan kimia yang membunuh 1,300 orang meskipun bukan pemimpin itu yang memberi arahan.

Ketika spekulasi meningkat mengenai serangan berhubung kejadian itu, Presiden Amerika, Barack Obama berkata beliau belum menandatangani pelan menyerang Syria.
Namun, tindakan itu masih berkemungkinan kerana Washington dilihat tidak mempedulikan sama ada mendapat mandat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Ditanya betapa hampir beliau akan mengarahkan satu serangan Amerika, dijangka bermula dengan serbuan peluru berpandu pelayar, Obama memberitahu PBS News-Hour: Saya belum buat keputusan (untuk menyerang).

Kami menganggap Bashar bertanggungjawab atas penggunaan senjata kimia tidak kira sama ada beliau memerintahkannya atau tidak.

Pemerintah tentera adalah bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat pentadbirannya meskipun bukan beliau yang menekan butang melancarkannya, kata timbalan jurucakap Jabatan Negara, Marie Harf.

Pelancaran peluru berpandu 

Meskipun Obama tidak memberitahu bagaimana serangan akan dilakukan, pegawai keselamatan berkata, sebarang kempen serangan udara akan membabitkan pelancaran peluru berpandu dari kapal perang Amerika di Laut Mediterranean.

Amerika juga tidak akan bertindak sendirian jika memutuskan untuk melancarkannya, kata seorang pegawai kanan.

Kami sedang berbincang dengan beberapa sekutu mengenai penyertaan mereka, katanya lagi.

Sementara itu, Bashar menegaskan bahawa tenteranya akan mempertahankan Syria jika musuh melancarkan serangan.

Syria akan mempertahankan dirinya jika ada pihak melancarkan serangan dan sebarang ancaman hanya meningkatkan komitmennya terhadap pendirian dan kemerdekaannya, kata Bashar kepada delegasi ahli politik Yaman.

Russia pula akan menghantar dua kapal perang ke timur perairan Mediterranean, lapor agensi berita Interfax.

Moscow, bagaimanapun, menafikan ia bertujuan memperkukuh kekuatannya ketika negara Barat bersiap menyerang Syria.

Interfax memetik sumber dalam pentadbiran tentera sebagai berkata, sebagai sekutu terkuat Syria, Russia menempatkan kapal peluru berpandu dari Armada Laut Hitam dan kapal pemusnah kapal selam dari Armada Utaranya beberapa hari lagi.

REUTERS/AFP
0 Komentar untuk "Bashar tetap bertanggungjawab: AS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI