Raja Nazrin: Jangan jadi modal politik - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Raja Nazrin: Jangan jadi modal politik

http://www.sinarharian.com.my/raja-nazrin-jangan-jadi-modal-politik-1.195791


Isu agama yang timbul perlu dibincang secara musyawarah berlandaskan sifat keilmuan bagi mencari titik pertemuan dan titik persamaan.
 
Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah masyarakat di negara ini perlu meneliti dan berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan mahupun memberi reaksi terhadap perkara-perkara yang menyentuh hal agama.

Menurut baginda, setiap  pengucapan atau tindakan hendaklah berasaskan fikiran rasional dan bukan dipengaruhi emosi malah sebarang pertelingkahan, tidak harus  dipolemikkan.

“Kompleksiti  dalam menangani isu antara agama hendaklah difahami.  Perselisihan berlaku, sering kali disebabkan kurang fahaman terhadap sensitiviti sesuatu isu.

“Ia harus ditangani dengan penuh kebijaksanaan dan secara berhikmah, berupaya melihat sesuatu persoalan secara adil dan saksama, memahami pemikiran demi menjamin ketenteraman awam tidak akan terjejas,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Sidang Dun Perak ke-13 di sini, hari ini.

Hadir sama mencemar duli, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.

Tambah baginda lagi, suasana harmoni tidak mungkin tercapai jika setiap pihak memilih kaedah berkonfrontasi atau kaedah kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu isu.

“Semangat yang terkandung di sebalik Perjanjian Hudaibiah yang dipelopori oleh Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW hendaklah diselami dan dijadikan panduan supaya umat tidak berakhir dengan nasib menang sorak, kampung tergadai,” titah baginda lagi.
0 Komentar untuk "Raja Nazrin: Jangan jadi modal politik"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI