http://www.sinarharian.com.my/kes-dera-kpwkm-dapatkan-hak-penjagaan-1.195777
KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mendapatkan perintah tetap jagaan kanak-kanak ke atas abang dan adik mangsa dera berumur lima tahun yang meninggal dunia semalam.
Menteri berkenaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata perintah di bawah Akta Kanak-kanak 2001 itu akan dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat terhadap kanak-kanak berusia lapan dan dua tahun itu dalam tempoh terdekat.
"Bagaimanapun kementerian akan memberi tempoh sebulan kepada keluarga dan waris terdekat untuk tuntut hak jagaan dua kanak-kanak berkenaan.
"Sekiranya tiada keluarga atau waris yang tampil kami akan dapatkan perintah tetap jagaan di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program jelajah pengarah wanita, di sini hari ini.
Semalam, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Perak, setelah 11 hari koma, dipercayai akibat didera dengan kejam oleh ibu kandungnya.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada pukul 2.40 petang. - Bernama

0 Komentar untuk "Kes dera: KPWKM dapatkan hak penjagaan"