http://www.sinarharian.com.my/mangsa-dera-ibu-dituduh-bunuh-anak-perempuan-1.195851
IPOH - Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam selepas koma akibat dipercayai didera, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh.
Choong Mee Chin, 30, didakwa membunuh anaknya yang berusia lima tahun, di ruang tamu rumah mereka di No. 19 Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang di Menglembu di sini pada pukul 9 pagi, 12 Ogos lepas.
Tertuduh dilihat hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami pertuduhan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nor Haslinda A Raof dan tiada pengakuan direkodkan oleh mahkamah.
Suri rumah itu, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari memohon tarikh sebutan semula bagi membolehkan pihaknya mendapatkan laporan bedah siasat serta rekod perubatan mangsa, yang juga orang kurang upaya (OKU).
Nor Haslinda menetapkan kes disebut semula pada 25 Oktober ini.
Selasa lepas, Choong yang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mendera anak perempuannya itu pada tarikh yang sama.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak terbabit dengan memukul kepala dan seluruh badannya menggunakan rotan di kediaman mereka serta dituduh mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Majistret Suhaima Mohd Noor turut memerintahkan tertuduh dihantar menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Hulu Kinta dan menetapkan 20 Sept ini untuk sebutan semula. - Bernama

0 Komentar untuk "Mangsa dera: Ibu dituduh bunuh anak perempuan"