KAKITANGAN PUSPAKOM bekerjasama dengan pihak polis serta Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) untuk membuat siasatan hari ini, berhubung tragedi nahas bas yang terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Jalan Genting Highlands. - Foto Effendy Rashid
BENTONG: Operasi menaikkan bangkai bas ditangguhkan pagi esok bagi menunggu kren berskala besar yang dijangka tiba di tempat kejadian pada jam 8 malam ini. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor, berkata setakat ini, siasatan berkenaan nahas sudah ditamatkan kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi. 
"Kami memerlukan dua kren berskala besar kerana beban bas tidak mampu diangkat kren sedia ada," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. 


Selain itu, beliau berkata setakat ini, laluan utama menghala ke Kuala Lumpur ditutup buat sementara waktu sehingga bangkai bas berjaya diangkat.