ElBaradei berdepan saman pecah amanah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

ElBaradei berdepan saman pecah amanah

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ElBaradeiberdepansamanpecahamanah/Article/


Kaherah: Bekas naib presiden sementara Mesir, Mohamed ElBaradei, berdepan saman kerana pecah amanah berhubung keputusan meletak jawatan dalam kerajaan yang disokong tentera sebagai membantah tindakan berdarah ke atas pergerakan Ikhwanul Muslimin. 

Kes itu, yang dikemukakan profesor undang-undang Mesir, akan didengar di mahkamah di Kaherah pada 19 September ini, kata sumber perundangan kelmarin. 
Ia menunjukkan prospek arus baru saman bermotifkan politik yang dibawa ke mahkamah berikutan penyingkiran Presiden Mohamed Morsi Julai lalu. Ketika berkuasa, penyokong Morsi turut mengemukakan saman terhadap tokoh pembangkang. Kes berkenaan, kebanyakannya kerana menghina presiden, dikritik oleh aktivis antikerajaan sebagai bentuk ugutan berbaur politik. 



Tokoh paling terkemuka 

Bekas ketua agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga pemimpin bersama kumpulan Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) itu adalah tokoh liberal paling terkemuka menyokong rampasan kuasa tentera yang menyaksikan penyingkiran Morsi pada 3 Julai lalu berikutan bantahan besar. 

Namun beliau meletak jawatan 14 Ogos lalu selepas pasukan keselamatan menggunakan kekerasan memusnahkan khemah penyokong Morsi di Kaherah, yang mengorbankan beratus-ratus orang. 
Campur tangan tentera menentang Morsi mencetuskan pandangan banyak pihak di Mesir. Lebih 900 maut dalam keganasan di seluruh negara sejak minggu lalu. 
Kes terhadap ElBaradei dibawa oleh profesor undang-undang Universiti Helwan, Sayyed Ateeq. 

Pikul tanggungjawab 

“Beliau dilantik berdasarkan kapasitinya sebagai wakil NSF dan majoriti rakyat yang menandatangani deklarasi Tamarod. Dr ElBaradei diamanahkan dengan kedudukan itu dan bertanggungjawab kepada mereka yang mempercayainya sebaliknya beliau meletak jawatan,” katanya. 

Ketua media parti Dostour, yang diasaskan ElBaradei, mengecam kes berkenaan, berkata ia tidak mempunyai asas perundangan dan cuma bertujuan merosakkan imej tokoh itu. 

Khaled Daoud berkata, peguam yang mengemukakan berkenaan menetapkan kes pertama yang akan menjejaskan reputasi Mesir di luar negara, apabila ahli politik dihukum hanya kerana meletak jawatan, sesuatu yang tidak pernah berlaku di mana-mana negara di dunia. - AGENSI
0 Komentar untuk "ElBaradei berdepan saman pecah amanah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI