Nasi kesihatan segera diperkenal
Antara produk Nasgera yang dikeluarkan syarikat Masdar Safi.
USAHA syarikat Masdar Safi Sdn Bhd menjalankan aktiviti penyelidikan selama tiga tahun ternyata membuahkan hasil apabila rakyat Malaysia diperkenalkan dengan produk terbaru, Nasgera atau singkatan kepada Nasi Segera yang juga dianggap pilihan makanan sihat bagi pengguna.

Pengarah Urusan Masdar Safi Dr Khalid Mohd Salim berkata, produk ini pertama seumpamanya di Malaysia adalah nasi segera yang sangat mudah dan cepat disediakan.
"Ini adalah produk berinovasi dan memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.

“Tidak ada penggunaan barang tiruan pada kandungan produk ini. Produk Nasgera juga rendah kalori dan kurang karbohidrat serta kurangkan penyerapan lemak," katanya semasa pelancaran produk di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, produk itu dihasilkan selepas tiga tahun syarikat bertungkus lumus mencipta mesin pemprosesan nasi dan cari kaedah terbaik keringkan serta membungkus nasi yang telah dimasak.

Menurutnya, Masdar Safi menyasarkan jualan lebih baik pada tahun ini dengan meletakkan sasaran peningkatan 20 peratus keuntungan berbanding tahun sebelumnya.

Khalid berkata, Nasgera pada masa ini boleh didapati di pasar raya Tesco terpilih