‎ PKR terus kerjasama dengan PAS, iktiraf Amanah dalam Pakatan Harapan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

‎ PKR terus kerjasama dengan PAS, iktiraf Amanah dalam Pakatan Harapan

PKR akan meneruskan kerjasama dengan PAS untuk melawan Umno dan Barisan Nasional (BN) demi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Mohamed Azmin Ali.

Pada Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11 2015, beliau yang juga timbalan presiden turut bersama pemimpin DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"PKR menyambut kelahiran Amanah dan menerima dalam keluarga besar kita.

 "PKR akan meneruskan tahaluf siyasi dengan PAS dan kerjasama dengan PSM serta parti-parti politik di Sabah dan Sarawak dan NGO yang menjuarai hak serta agenda rakyat," kata Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dalam ucapan perasmian timbalan presiden.
Sementara itu, pada sidang media Azmin optimis kerjasama dengan PAS akan berjaya walaupun tidak mempunyai kerjasama secara rasmi.

"Saya optimis dengan Pakatan Harapan bersama PKR, DAP, Amanah dan kita akan teruskan tahalusf siyasi dengan PAS.

"Yang penting kita mahu menjamin satu dalam satu (dalam pilihan raya). Jadi perkara ini kita boleh bincangkan secara bersama walaupun dalam 2 platform berbeza.

"Dan ini juga berlaku dalam negara maju," katanya yang menegaskan apa yang penting matlamat utama pembangkang menjatuhkan Umno dan BN.

Semasa ucapannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu juga mengingatkan anggota parti terutamanya Wanita dan Pemuda agar terus fokus dalam mengatur strategi untuk memenangi pilihan raya akan datang.

"Semangat dalam perjuangan adalah satu faktor yang penting, tetapi harus diingat perjuangan adalah maraton.

"Kita harus punya tenaga, kegigihan, kesabaran, disiplin bagi menelusuri liku-liku, ombak dan onak duri serta gelombang tsunami perjuangan," katanya.

Azmin turut menegaskan agar ahli PKR tidak terjerumus dengan pihak luar yang hanya mahu lihat perpecahan parti.

"Jangan sama sekali kita membenarkan orang luar menentukan masa depan parti.

"Saya yakin generasi muda dalam Wanita dan Pemuda PKR mampu memenuhi aspirasi rakyat dan membawa gagasan parti dalam masyarakat untuk mengangkat martabat umat dan maruah negara," katanya.

Pada kongres, turut hadir ialah Ketua Pemuda DAP Wong Kah Wong, dan Ketua Pemuda Amanah Sany Hamzah. – 27 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-terus-kerjasama-dengan-pas-iktiraf-amanah-dalam-pakatan-harapan#sthash.mGbUgdeZ.dpuf
0 Komentar untuk "‎ PKR terus kerjasama dengan PAS, iktiraf Amanah dalam Pakatan Harapan "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI