Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan bagaimana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat mengurangkan hutangnya melalui penjualan aset tenaga kepada China General Nuclear Power Corp (CGN Group), di kala kejatuhan nilai ringgit.
Menulis dalam blog popularnya www.chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata, nilai ringgit adalah RM3.2 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika 1MDB membeli loji kuasa itu.
Ketika dijual, ringgit kini RM4.2 berbanding dolar AS, katanya.
"Jika wang dipinjam 1MDB dalam ringgit, kerugian akan menjadi minimum. Tetapi jika 1MDB pinjam dalam dolar AS, mereka akan rugi RM1 bagi setiap dolar dipinjam.
"Dalam erti kata lain, apa yang diperoleh 1MDB daripada jualan tidak akan dapat membayar sepenuhnya hutang dalam dolar AS yang dipinjam 1MDB," tulis Dr Mahathir.
Pada Isnin, 1MDB, Edra Global Energy Berhad dan subsidiarinya memeterai jualan saham RM9.83 bilion dan perjanjian jual beli dengan CGN Group.
Jualan itu adalah untuk pemilikan 1MDB dalam semua aset tenaga – Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd.
Syarikat China itu akan membayar, wang tunai, nilai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan menanggung semua hutang dan wang tunai aset-aset kuasa, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac.
Urus niaga dijangka selesai pada Februari 2016.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy sebelum ini berkata, penjualan ekuiti dalam Edra Global Energy Berhad akan mengurangkan hutang dari RM16 bilion hingga RM18 bilion.
"Setelah Edra dijual dengan RM9.83 bilion, bagaimana ia mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM16-RM18 bilion?
"Sekali lagi mengambil kira kejatuhan nilai ringgit, bagaimana hutang dalam dolar AS dapat dikurangkan?" soal Dr Mahathir.
Beliau juga mempertikaikan kenyataan Arul Kanda pembelian "membawa komitmen pelaburan langsung asing yang besar ke Malaysia".
"Wang yang dibawa masuk akan keluar untuk membayar hutang luar negara. Dan jumlah yang keluar akan menjadi lebih jauh daripada aliran masuk. Tidak seperti FDI (pelaburan langsung asing) pada pandangan saya," tulis Dr Mahathir lagi. – 28 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bagaimana-jual-aset-tenaga-kurangkan-hutang-berbilion-1mdb-soal-dr-mahathir#sthash.uWAbooLb.dpuf

0 Komentar untuk "Bagaimana jual aset tenaga kurangkan hutang berbilion 1MDB, soal Dr Mahathir"