PETALING JAYA - Wanita PKR mengingatkan parti dalam Pakatan Harapan agar tidak bersikap kebudak-budakan kerana sering mencabar antara satu sama lain dalam pelbagai isu.
Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, parti dalam Pakatan Harapan harus meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan mengetepikan agenda peribadi atau parti.
"Sikap cabar mencabar antara satu sama lain hanyalah menzahirkan sikap kebudak-budakan masing-masing dalam suasana politik kita yang kini kian rapuh.
"Kami percaya keutamaan harus ditumpukan kepada isu nasional yang menjadikan negara dalam kerugian besar,"katanya dalam ucapan dasarnya dalam Kongres Nasional AMK dan Wanita Tahunan ke-11, hari ini.
Menurutnya, rakan dalam Pakatan Harapan perlu menjaga batas dalam berkomunikasi dengan mempunyai sifat terbuka melalui perbincangan aktif dan kerap.
"Jangan pernah lupakan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhempas pulas suatu ketika dahulu menyatukan kita dalam satu pakatan.
"Walaupun jasadnya dipenjarakan,namun idealismenya harus diteruskan menjalar dan meresapi pada setiap sanubari rakyat agar tiada lagi penindasan berlaku kerana kecetekan ilmu dalam politik,"katanya.
Beliau berkata, Wanita PKR bersetuju sepenuhnya terhadap resolusi yang dilakukan PKR yang komited untuk meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang mendesak.

0 Komentar untuk "Pakatan Harapan jangan jadi macam budak-budak"