RPK Dedah Langkah Rafizi Menyekat Azmin Ali - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

RPK Dedah Langkah Rafizi Menyekat Azmin Ali


Analisis Isu

Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan email Rafizi Ramli kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan langkah2 jika Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

Email yang dihantar pada 19 September, 3 hari sebelum Azmin disahkan menjadi MB Selangor turut disalinkan kepada Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurut RPK, sebelum Sultan Selangor membuat keputusan, Rafizi sudah dapat menduga Azmin Ali bakal dilantik MB baharu, justeru beliau mencadangkan agar Azmin disyaratkan menandatangani satu surat peletakan jawatan tanpa tarikh.
Kata RPK, ramai yang terkejut apabila mastermind Kajang Move, Rafizi Ramli dilantik sebagai Setiausaha Agung baharu PKR.
Malah pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pengarah Pilihanraya PKR bersama Nurul Izzah juga merupakan kejutan kedua.
“Selebihnya anda boleh membaca dalam e-mel di bawah. Namun, pada dasarnya, ini adalah pekerjaan sebenar Rafizi sebagai Setiausaha Agung, untuk mengawal Azmin dan memastikan beliau berada di landasan yang betul,” kata RPK dalam artikel terbaharu bertajuk “Rafizi’s real job as Sec-Gen.”




0 Komentar untuk "RPK Dedah Langkah Rafizi Menyekat Azmin Ali"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI