BR1M, PM tak hirau teguran Mahathir - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

BR1M, PM tak hirau teguran Mahathir


Artikel
Oleh  SUBKY LATIF
ANTARA yang Mahathir tegur langkah kerajaan Najib ialah memberi BR1M kepada rakyat yang  berpendapatan tertentu. Pemberian itu termasuk antara yang dikiranya kelemahan pentadbiran Najib.
  
Anugerah BR1M itu selama ini tidak pernah dibawa Najib ke Parlimen, malah tidak termuat dalam mana-mana bajetnya. Dia pakai beri saja tanpa merujuk sepatah pun kepada Parlimen.

Selepas  Mahathir menarik sokongannya kepada Najib, Mahathir menyebut satu-satu apa yang  dikiranya kelemahan pentadbiran Najib. Antara yang disebut  Mahathir ialah pemberian  BR1M demi memastikan pengundi terus menyokong BN.
  
Bagi Mahathir pemberian itu tidak memberi apa-apa hasil kepada politik BN dan Umno.  Pencapaiann BN dalam PRU 13 sekalipun menabur BR1M tetap tidak membanggakan malah ia lebih buruk daripada PRU 2008.
   
Adapun semua kelemahan pentadbiran dan kepimpinan Najib itu, amaran Dr. Mahathir, jika tidak diatasi segera boleh menyebabkan BN kalah dalam PRU yang  akan datang.
   
Amaran Mahathir itu adalah kira keras.
  
Tetapi tidak nampak ada kepedulian pada Najib.  Seolah-olah teguran Mahathir dikira seperti anjing menyalak bukit saja.
  
Bahkan pemberian BR1M itu bukan akan ditimbangkan untuk ditangguhkan sebagai yang dinasihatkan oleh Mahathir, tetapi dimasukkanpula dalam bajet 2015 ini untuk diteruskan.
   
Apapun adalah adab sikit.  Parlimen dimaklumkan dan diminta persetujuannya.  Adalah sistem sikit, tidaklah tanpa sistem langsung seperti sebelumnya.
   
Soal pokoknya bukan ia ada sistem atau ia dibuat atas pengetahuan Parlimen, tetapi apa yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir bahawa perbuatan menabur duit yang banyak kepada pengundi bagi meraih undi supaya menang pilihan raya adalah perbuatan dan sikapyang tidak betul dan tidak bermoral.
   
Yang terjadi di hadapan kita sekarang ialah Najib tidak langsung peduli kepada teguran Dr. Mahathir. Mahathir tegur bahawa pemberian BR1M itu satu daripada kelemahannya. Jangan diteruskan.Tetapi Najib balas teguran Mahahtir dengan membawa pemberian itu dalam bajetnya pula.
    
Najib bukan sekadar tidak pedulikan teguran Mahathir tetapi dia mahu tunjuk dia juga berani lawan Mahathir. Dia lawan Mahathir bukan dengan kata-kata. Bukan dengan ulasan dan jawab  atau komen atas apa yang Mahahtir kata padanya, tetapi dia terus buat apa yang Mahathir tidak suka dia buat.
     
Yang kita dapat kata dengan sikap tidak hirau Najib kepada teguran Mahathir? Jawabnya ialah Mahatir tidak didengar  oleh Perdana Menterinya dan ia boleh dikira Mahathir secara langsung dan  tidak langsung sudah dicabar dan tercabar. Ketua kerajaan sekarang tidak pedulikan dia lagi. Menyalaklah sekuat manapun, seperti sudah tiada bersengat lagi.
  
Sekarang boleh dikira tidak takut kepadanya. Apa yang Mahathir hendak buat dan dapat buat dengan sikap tidak peduli kepadanya?
   
Mahahtir boleh buat apa yang dia hendak buat terhadap sesiapa saja sebelum ini. Dia boleh tegur orang itu dan orang ini. Dia naikkan siapa yang dia suka dan turunkan siapa yang dia suka. Tetapi dia sekarang menghadapi  Najib yang  tidak sedia mendengarnya.
 
Apa Mahathir hendak buat sekarang?  Najib tidak mahu jadi seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Abdullah Badawi.  Adakah Najib tidak kenang apa yang Mahathir buat hingga Najib  dapat apa yang dia dapat  sekarang?
   
Jasa  Mahathir bukanlah  satu pasport untuk dia tegur Najib apa saja dan ia bukan syarat Najib mesti ikut katanya. – HARAKAHDAILY 16/10/2014
0 Komentar untuk "BR1M, PM tak hirau teguran Mahathir"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI