Daroyah bidas desakan PAS keluar dari PR - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Daroyah bidas desakan PAS keluar dari PR


BeritaSegala permasalahan yang berlaku (krisis Menteri Besar) sudah selesai.

SHAH ALAM:
 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi tidak bersetuju dengan dengan desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) LENSA Anak Muda Malaysia (LENSA) yang mendesak supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, PAS tidak seharusnya keluar dari PR malah harus tetap bersama bagi menguatkan lagi PR.

“Segala permasalahan yang berlaku (krisis Menteri Besar) sudah selesai,” katanya sewaktu di temui di Shah Alam.

Dalam pada masa yang sama, Daroyah yang juga ADUN dari PKR, turut berharap dapat duduk semeja kembali bersama rakan PAS dan DAP.

“Kita harap dapat duduk semeja sekali,” ujarnya lagi.

Manakala, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menyatakan beliau akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin tertinggi PR berkenaan desakan LENSA yang mahukan PAS keluar daripada gabungan pakatan pembangkang tersebut.

“Kita akan bincang dalam Pakatan, tanggungjawab saya kini ialah untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat,” katanya.

Walaubagaimanapun, ADUN Sungai Pinang Datuk Teng Chang Khim yang juga merupakan ADUN dari parti DAP sewaktu ditemui enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Semalam, LENSA, menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat (PR), LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR.

Menurut Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan.

“Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP,” katanya.-fmt 
0 Komentar untuk "Daroyah bidas desakan PAS keluar dari PR"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI