Semalam, selasa 30 sept 2014, PAS dikejutkan dengan serahan memorandum dari sebuah NGO yang dikenali sebagai LENSA. Memorandum setebal 3 muka surat itu menyatakan bahawa karenah PAS telah menyebabkan keretakan dalam PAKATAN RAKYAT dan mereka meminta untuk PAS bertindak untuk berdiam diri atau menarik diri dari PAKATAN RAKYAT. Memorandum ini dihantar oleh aktivis kampus yang belum lagi mendapat sijil daripada kampus masing masing.
Sebagai Ketua Cawangan PAS di Selangor, saya ingin menyatakan kegusaran atas tindakan 2,3 orang anak muda yang kurang matang ini. Walaupun anak muda LENSA ini tidak ramai, namun sambutan luar biasa oleh liputan media menyebabkan saya merasa ada sesuatu yang sedang dipropagandakan untuk mengkambing hitamkan PAS.
Memorandum setebal 3 muka surat itu, terlalu nyata menyalahkan PAS dalam semua perkara.
Amat malang lagi, anak muda yang terlibat, safwan Anang adalah AJK lajnah Politik Pemuda PAS Malaysia bawah kepimpinan Suhaizan Kayat. Keterlibatan secara umum melalui LENSA ini menunjukkan kegagalan Suhaizan Kayat mengolah politik anak muda dalam arus perdana. Tindakan LENSA juga banyak yang boleh dipersoalkan.
Hasil tinjauan memo tersebut, semua dakwaan diasaskan pada Forum Forum anjuran LENSA yang banyak menimbulkan tanda tanya. Antaranya wacana PasMa, halatuju Pas yang menampilkan ucapan Rafizi dan Hanipa Maidin yang amat kontreversi.
Lantas, dakwaan LENSA ini, benar benar di atas premis yang berat sebelah dan berpihak kepada yang lain.
Atas pengamatan saya, Pandangan LENSA yang disuarakan melalui memorandum tersebut amat dangkal dan menggambarkan politik murahan yang cuba dipropagandakan melalui media.
Saya berharap PAS dan TGHH sebagai Presiden PAS tidak melayan isu mainan ini yang sebenarnya sudah dijawab dengan panjang lebar dalam penggulungan TGHH di Muktamar PAS pada 21 Ogos yang lalu.
Cukuplah saya di cawangan menjawab persoalan mereka yang kurang matang ini.
Sebagai nasihat, Safuan yg berasal dari Terengganu elok lah ziarah dan kerap dengarkan kuliah TGHH di Rusila Marang. Banyak manfaat dan ilmu yang boleh ditimba.
Lt (B) Kamaruzaman Ahmad Nor TLDM
Ketua Cawangan Pas
Saujana Rawang
01 Oktober 2014
0 Komentar untuk "LENSA memandang dengan Mata Juling"