Cukai warisan harta tidak adil kepada rakyat, kata Ahmad Maslan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Cukai warisan harta tidak adil kepada rakyat, kata Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata sistem cukai warisan harta tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana sifat cukai tersebut tidak adil kepada rakyat negara ini.

Cukai warisan harta adalah cukai yang dikenakan ke atas tinggalan harta pusaka dan ke atas pemindahan aset dalam kalangan golongan kaya yang bernilai lebih RM5 juta.

Ahmad berkata adalah tidak adil apabila ibu bapa bekerja keras dan mengumpul harta demi masa depan anak dan cucu, dan apabila  meninggal dunia, harta tersebut diambil oleh negara.

"Mereka ini, semasa hidupnya dikenakan cukai dan bukan kita (kerajaan) tidak kaji dan mengambil kira tentang cukai ini, tapi kita lihat perkara ini tidak sesuai dipraktiskan di sini," katanya.
Beliau turut menyatakan  sistem cukai tersebut pernah dilaksanakan di Malaysia, bagaimanapun dimansuhkan kerana ketidaksuaian sistem tersebut dan  hasil cukai yang sedikit.

Difahamkan, jika cukai warisan harta dikenakan ke atas rakyat, ia akan menjadi cukai di atas cukai memandangkan cukai pendapatan  dikenakan semasa seseorang itu masih hidup.

Sementara itu, mengulas mengenai Cukai Keuntungan Modal (CGT), Ahmad berkata Malaysia  mengamalkan Cukai Keuntungan Harta Tanah yang merupakan satu komponen daripada CGT.

"CGT dikenakan ke atas keuntungan pelaburan dan untung daripada urus niaga saham. Ini menyebabkan syarikat dikenakan cukai korporat dan keuntungan daripada saham turut dicukai.

"(Malah), ia akan menyebabkan pelabur keluar dari Malaysia, menurunkan indeks Bursa Saham, menjadikan kita tidak mesra pelabur dan menurunkan kadar ekonomi kita dan seterusnya merugikan rakyat," katanya lagi.

Barisan pembangkang mengutarakan cadangan untuk melaksanakan CGT dan cukai warisan harta di dalam Bajet Alternatifnya bagi menggantikan GST yang diuar-uarkan sebagai membebankan rakyat. – Bernama, 17 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cukai-warisan-harta-tidak-adil-kepada-rakyat-kata-ahmad-maslan#sthash.sC9AQ1Vv.dpuf
0 Komentar untuk "Cukai warisan harta tidak adil kepada rakyat, kata Ahmad Maslan "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI