PILIHAN raya kecil (PRK) yang diadakan di negara ini sejak selepas 2008 tidak sama seperti sebelum itu.
Pada masa lampau jika PRK diadakan berikutan kematian wakil-wakil rakyat atau sebagainya, calon BN yang diletakkan boleh menang mudah. Malah sebelum hari undi lagi calon BN sudah dipanggil YB.
Tetapi itu hari ini, jika ada PRK, kedudukan dan peluang BN tidak lagi selamat ataupun cerah. Calon BN yang bertanding pun tidak selesa jika kita sudah memanggilnya YB.
Dalam PRK Kajang, BN kalah, begitu juga Bukit Gelugor BN tidak berani letak calon. Berbanding PRK Teluk Intan di Perak pada 31 Mei lalu, tiga negeri lain iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu sudah melaluinya.
Resultnya di Teluk Intan, calon BN, Mah Siew Keong menewaskan Dyana Sofya dari DAP dengan majoriti kecil iaitu 238 undi. Mah mendapat 20,157 berbanding pencabarnya 19,919 undi.
Kemenangan Mah membuka pintu persoalan tentang strategi politik yang diguna pakai BN. Ia berjaya memalukan DAP di kubu kuat parti itu. Mereka sukar menerima kekalahan sebaliknya berlaku tuding-menuding sesama sendiri.
Bagi mereka yang mengikuti PRK ini mereka berasakan strategi BN membuahkan hasil. Namun ada memihak MB dengan strategi peribadinya. Strategi BN pula bersifat adhoc, sebaliknya apa yang dibuat Dr Zambry Abd Kadir mengatasi strategi jangka pendek.
DAP sejak awal memperlihat sentimen kaum apabila turunkan calon Melayu di kubu Cina.
Parti itu yakin dapat kekalkan undi Cina dan pada masa sama menarik pengundi Melayu khusus golongan muda. Malang strategi ini membakar diri.
Di pihak Mah pula, dia nafi mahukan jawatan senator bagi membolehkannya menjadi menteri. Mah yang yakin menang menolak pelantikan tersebut.
Sehingga ke saat akhir tidak nampak strategi besar BN. Kalau adapun mereka bijak merahsianya. Projek-projek diumumkan pun adalah modal lama.
Cuma tiga hari sebelum 60,000 keluar mengundi, Najib umum pelantikan Mah sebagai menteri jika BN menang.
Walaupun strategi BN tidak nampak jelas ia tetap berjaya memerangkap DAP. Dalam diam BN sedar tanpa strategi ia pasti gagal. Sekadar manifesto calon, sukar meyakini pengundi. Benar, strategi itu penting seperti pasukan Manchester United tidak akan pecat pengurusnya jika tidak kerana prestasinya dalam EPL tempoh hari.
BN agak berhati-hati dari dilabel menjadi santa claus. Zaman di mana mereka menawarkan projek-projek dan pelbagai pemberian sudah berlalu. Pengundi kini jauh lebih cerdik.
Di sinilah peranan dimainkan Dr Zambry sejak ambil alih jawatan MB. Ia menyantuni dan mendampingi pengundi melalui pelbagai kaedah sejak dilantik MB pada 2009. Di kaca mata penyokong atau penentang, Perak bernasib baik kerana kaedah MB menghasilkan kemenangan semula BN di Perak dalam PRU13 lalu.
Selain turun padang, beliau memahami mereka kerana beliau juga berasal daripada keluarga miskin. Programnya membabitkan interaksi dengan rakyat. Bukan tampil dengan pelbagai janji yang semanis gula.
Maka nyata sekali kunjungan Dr Zambry sepanjang kempen lebih banyak menimbulkan perbualan.
Mereka yang bercita-cita nak bergambar dengannya dipenuhi begitu juga yang mohon bantuan.
Rakyat seperti memerhati setiap inci daripada tingkah lakunya. Misalnya pada pagi hari mengundi, sebaik turun dari kenderaan di PDM, Padang Tembak, para penyokong Pas melakukan provokasi dengan melaungkan slogan ‘undi Melayu’ berulang kali.
Dr Zambry bukannya membalas dengan provokasi sebaliknya menemui dan bersalam dengan kumpulan ini.
Katanya kepada mereka dengan mesra: “Kalau nak undi Melayu, undilah Umno.” Tentu saja ada yang tersenyum.
Mereka membalasnya dengan kritikan lebih tajam: “jika Umno kami tak mahu, lawan tetap lawan”. Dipendekkan cerita selepas bersalam-salaman serta menepuk bahu para penyokong Pas Dr Zambry diajak bergambar.
Sementara strategi BN diadun kaedah lapuk dan progresif, strategi diguna pakai MB jauh lebih berkesan iaitu program mesra rakyatnya. Justeru jika ada usaha nak gantikan Dr Zambry dengan membawanya ke Pusat, ia perlu difikirkan semula.
Beliau melalui program mesra rakyat sudah mempersiap hala tuju BN Perak menghadapi PRU14. Mungkin ini sebagai satu alternatif dari strategi yang dipakai sekarang dalam pilihan raya akan datang.

0 Komentar untuk "PRK TELUK INTAN: Strategi atau faktor Zambry"