HUJUNG bulan ini kita akan tahu siapa antara dua calon ini bakal bergelar YB. Kedua-dua calon ini kini berusaha memujuk kira-kira 60,000 pengundi memihak mereka. Hanya seorang saja layak manakala seorang lagi terpaksa berputih mata.
Dalam hal ini kalau salah seorang calon tewas dengan hanya satu undi sekalipun, ia tetap dianggap tewas. Itulah nilai setiap undi yang dimiliki para pengundi.
Tetapi jika pengundi di Teluk Intan salah pilih wakil rakyat, mereka kena tunggu empat tahun lagi untuk menukarnya ataupun wakil meninggal dunia.
PRK Teluk Intan adalah pertembungan satu lawan satu antara wakil DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan calon BN, Datuk Mah Siew Keong. Atas kertas Presiden Parti Gerakan ini jauh lebih hebat.
Selain berpendidikan tinggi, Mah berasal daripada keluarga kaya-raya serta hidup, berbakti dan mati juga di sini.
Kemenangan Mah sangat penting buat PM kerana ia memudahkannya melantik tokoh ini menyertai semula Kabinet. Mah bukannya tidak ada opsyen menjadi menteri melalui jawatan senator tetapi tentulah lebih manis jika sebagai anak jati Teluk Intan, beliau dipilih oleh pengundi di sini sebagai wakil mereka.
Dyana pula adalah wanita Melayu muda berusia 27 tahun serta bertugas sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang. Dia sudah setahun bertugas sejak menyertai DAP pada Disember 2011.
Tidak macam kebanyakan tokoh DAP yang lain, kenaikan Dyana agak mendadak. Ini mungkin kerana rupa paras serta satu-satunya wanita Melayu berstatus peguam.
Dalam situasi biasa dan tidak pula bekerja dengan Kit Siang belum tentu DAP memilihnya. Dyana mempunyai cita-cita besar. Ia mahu Malaysia baharu berbanding Malaysia kini. Katanya “Saya menentang politik perkauman.... tembok perkauman mesti dirobohkan barulah sebuah bangsa Malaysia boleh dilahirkan.”
Tetapi agak malang ia menyerang Umno dan menuduhnya sebagai parti rasis semata-mata kerana persepsi. Gadis cun ini harus terlebih dahulu melihat trek rekod parti yang disertainya.
Cuba Dyana, yang memperoleh pendidikan dari UiTM, tanya dirinya apakah DAP bersih dan tidak rasis? Mana satu antara Umno dan DAP yang lebih tebal perkaumannya?
Sebagai contoh dalam isu sekolah Cina, DAP memihak dengan Dong Jiao Zong bagi memastikan pengekalan sekolah vernakular di negara ini. Dengan DAP di belakang, taring Dong Zong makin tajam.
Ia tidak percaya pengajaran bahasa Mandarin di sekolah-sekolah kebangsaan menepati acuan mereka. Kalau DAP memperjuangkan masyarakat multiras, tentu ia menentang Dong Zong serta menyokong dasar persekolahan kerajaan.
Melalui DEB, nasib Melayu dan Bumiputera diberi pembelaan. Ini selepas tragedi 13 Mei, 1969. Nasib Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang terpinggir selama 500 tahun juga tidak terkecuali. Ia memudahkan mereka menikmati kek ekonomi.
Mara, kemudian UiTM juga beri peluang pelajar-pelajar Bumiputera peroleh pendidikan tinggi. Tapi malangnya Dyana menganggap kerajaan mengamal dasar perkauman dengan menubuhkan UiTM. Ia mahu bangsa lain diberi peluang sama.
DAP juga dikritik kerana meminggirkan calon-calon Melayu dalam PRU13 lalu. Di Perak, dari 18 calon bertanding tidak ada satu pun calon Melayu. Hairan juga apabila Dyana sendiri tidak diberi pertimbangan.
Keadaan di Pulau Pinang lebih unik lagi. Perikatan dan BN dikritik kerana tidak bela nasib Melayu. Ini mungkin kerana Ketua Menterinya bukanlah calon Melayu.
Tetapi sejak DAP berkuasa, nasib Melayu di sana tidak juga dibela malah lebih terpinggir.
Selain DAP, Dyana mendapat sokongan moral yang kuat daripada ibunya. Sebagai ahli Umno, ibunya tidak kekok melihat anaknya menjadi ahli DAP. Inilah demokrasi dalam Umno.
Kini cabaran yang mendepani Dyana ialah lama mana wanita muda ini boleh bertahan dengan kerenah serta dasar sempit parti itu. Ramai tokoh Melayu yang menyertai parti itu menghadapi masalah sehingga memaksa mereka meninggalkan parti itu dan menjadi pengkritik tegar.
Sementara nasib Dyana dalam kancah politik bakal ditentukan hujung bulan ini, persoalan yang berlegar ialah berapa lama dia boleh kekal dalam parti itu?
Harap-harap Dyana tidak menepati gambaran Dr Mahathir bahawa wanita muda ini tidak lebih sebagai window dressing buat DAP.

0 Komentar untuk "PRK TELUK INTAN: Siapa yang rasis: Umno atau DAP?"