BANGI - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menganjurkan Program Dakwah Ijtima' Ahlus Sunnah Wal Jamaah Peringkat Kebangsaan 2014.
Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Mohd Khairrul Fuad Samsudin, program bertujuan mempertemukan golongan ulama, ilmuwan dan intelektual Islam di Malaysia diadakan bersempena dengan sambutan Temasya Muamalah Islam 2014 yang diadakan sejak 28 Mei 2014.
"Program ini adalah salah satu saluran rasmi kepada kerajaan dalam mengetengahkan resolusi dan cadangan terhadap masalah yang menjejaskan keutuhan ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
"Program ini bakal menjadi satu forum perbincangan rasmi demi mencapai cadangan pengukuhan aliran ahli Sunnah Wal Jamaah dan memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan negara," katanya ketika ditemui wartawan Sinar Online, hari ini.
Jelasnya lagi, program tersebut merupakan asas yang teguh bagi golongan tersebut untuk berdepan dengan isu-isu pemikiran masa kini yang semakin krisis.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom berkata, ia satu platform baru bagi mendekatkan umat dan masyarakat dengan ajaran Islam.
"Program ini adalah satu dimensi baru bagi mendekatkan dan mempertahankan agama Islam di negara ini serta menyatupadukan seluruh umat di negara ini.
"Dalam konteks hari ini, kerajaan tidak pernah tolak mana-mana hukum Islam termasuklah hudud, kita harus ambil pendekatan berperingkat supaya Islam dapat diterima dalam konteks kefahaman masyarakat," katanya.
Program yang diadakan dengan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) disertai oleh 600 peserta yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.

0 Komentar untuk "Platform golongan ulama, intelektual Islam bertemu"