BANGI - Pihak atau individu yang mengamalkan ajaran Islam sebagai pegangan hidup boleh membawa impak positif yang berpanjangan ke atas masyarakat Islam di negara ini.
Menurut Pensyarah Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Abdul Rahman Mahmood, golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah sentiasa menitikberatkan amalan kehidupan bersederhana yang diyakini mampu menyatupadukan ummah dan mewujudkan kestabilan kaum serta bangsa dalam negara ini.
"Masyarakat Islam mengamalkan ilmu dan ajaran akidah oleh al-Ash'ari dan al-Maturidi dan ianya merupakan satu pengetahuan dari pemikiran Islam yang cukup tinggi dan mendalam, oleh itu kita sebagai umatnya harus mempertahankan ilmu tersebut daripada pihak yang cuba menjejaskan pegangan akidah Islam.
"Kita boleh pertahankan ajaran akidah melalui kuliah-kuliah di masjid dan surau, penerbitan buku serta kitab agama atau perundangan, jangan pandang remeh atau ambil ringan tentang cabaran mengenai kepincangan agama kerana ianya disifatkan sebagai satu pembohongan dan penipuan dalam Islam," katanya.
Mengulas lanjut, kebimbangan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah berhubung penyebaran ajaran sesat dan kepesongan ajaran Islam bukan lagi sesuatu yang asing bagi pihak mereka kerana penyebaran tersebut dianggap semakin menular dan terdedah kepada kehidupan umat Islam di negara ini.
"Terdapat banyak pihak dan musuh-musuh Islam yang sentiasa berusaha untuk memecah-belahkan umat Islam dengan mewujudkan salah faham ajaran Islam yang selama ini dipraktikkan oleh kita, dengan itu kita harus kuat menangkis serangan yang datang bertimpa supaya perpaduan umat sentiasa dapat dipelihara," katanya lagi.
Justeru itu, beliau menyeru kepada Jakim dan Main untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan ajaran dan pegangan akidah Islam di negara ini.

0 Komentar untuk "Impak pegangan Islam dalam masyarakat"