FILEM Game Change (2012) memaparkan kisah benar kehidupan seorang tokoh politik Amerika yang tidak terkenal tetapi secara tiba-tiba menjadi perhatian umum apabila dipilih bertanding di peringkat nasional.
Watak Gabenor Sarah Palin ditunjuk sebagai ahli politik yang cantik dan berpotensi.
Namun, beliau terlalu ‘hijau’ dalam banyak perkara berkaitan isu-isu nasional dan antarabangsa.
Dunia politiknya hanya berkisar kepada apa yang berlaku di Alaska, sebuah wilayah terpencil di Amerika Syarikat. Beliau terperanjat dipilih menjadi running mate John McCain yang bertanding jawatan Presiden pada 2008, dan terpaksa diberi kursus segera dan tunjuk ajar mengenai pelbagai perkara asas.
Sebagai persediaan menghadapi sidang media misalnya, beliau diberi skrip dan maklumat tertentu untuk dihafal. Di peringkat awal, partinya yakin beliau adalah pilihan tepat dan boleh menang pilihan raya.
Namun, apabila Sarah tidak dapat menjawab soalan wartawan secara spontan, atau apabila menjawab, sering kali membuat silap atau memberi kenyataan yang kemudiannya memakan diri dan parti, keadaan panik berlaku dalam kemnya.
Beliau menjadi bahan ketawa.
Akhirnya, seperti dijangka, beliau kalah dalam pilihan raya. Sekali imbas, plot filem ini seakan-akan keadaan yang dihadapi dan baharu dilalui Dyana Sofya Mohd Daud, calon muda DAP yang baharu kalah dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan minggu lalu.
Pemimpin DAP memberi pelbagai alasan bagi merasionalkan kekalahan calonnya.
Pokok pangkalnya mereka perlu bertanggungjawab kerana keputusan memilih Dyana Sofya sebagai calon dibuat oleh mereka sendiri.
Malah dari awal lagi, Lim Kit Siang begitu yakin setiausaha politiknya itu boleh menang. Katanya, Dyana Sofya memiliki 3B (beauty, brain, bravery).
Keputusan meletakkan calon payung terjun menyebabkan kemarahan pemimpin DAP tempatan yang lebih layak, setia dan berpengalaman.
Kerana itu, tidak semua ahli dan penyokong DAP yang berminat dengan Dyana Sofya. Menurut Tan Sri Khalid Ibrahim, DAP kalah di Teluk Intan kerana ego pucuk pimpinannya.
Akhbar China Press berpendapat keangkuhan puak dinasti Lim membelakangi bantahan majoriti ahli DAP Perak menyebabkan ramai yang memboikot, justeru peratusan keluar mengundi yang rendah yakni 67 peratus sahaja.
Kempen yang dijalankan seolah-olah Kit Siang yang bertanding, sehingga sidang akhbar Dyana Sofya juga dikawalnya.
Pengundi tidak yakin calon yang diperbudak-budakkan sebegitu mampu menjadi wakil rakyat dan boleh bercakap atau bertindak untuk menjaga kepentingan mereka.
Dyana Sofya jelas belum bersedia. Pengetahuannya mengenai isu tempatan dan nasional tidak mendalam, manakala keupayaannya berartikulasi masih rendah.
Apabila beliau melancarkan manifestonya, pengundi masih skeptikal. Antara janjinya ialah “melawan dasar pemusatan pembangunan yang tertumpu di sekitar Kuala Lumpur”. Apakah maksud sebenar janji sebegini? Bila ditanya bagaimana beliau mahu melaksanakannya, jawapannya tidak meyakinkan.
Juga apabila ditanya mengenai pembangunan agama untuk penduduk Teluk Intan, beliau tidak dapat menjawab.
Beberapa insiden yang menzahirkan DAP sebagai parti rasis-cauvinis juga menyebabkan pengundi marah, mual dan tawar hati. Ini termasuk kenyataan Dyana Sofya yang mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu atau menubuhkan IPT ala-UiTM eksklusif untuk pelajar Cina, bantahannya terhadap hudud dan kekeliruan mengenai penglibatan ibunya dengan Perkasa.
Cara beliau menjawab beberapa teguran juga dilihat sebagai keterlaluan. Keceluparan RSN Rayer dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menghina Umno minggu sebelum itu turut memberi kesan kerana DAP dilihat sebagai parti biadap dan anti-Melayu.
Sepanjang tempoh kempen, DAP menggunakan taktik kotor termasuk menyerang peribadi calon BN sebagai kitar semula, bodoh dan sentiasa tunduk kepada Umno.
Ekoran keangkuhan dan kebiadapan DAP, calonnya tidak mendapat sokongan pengundi Melayu sebanyak yang diharapkan. Jentera Pas tidak berfungsi ekoran pertelagahan yang berlaku, serta ketegasan Dyana Sofya tidak mahu mengundi untuk sokong usul hukum hudud di Parlimen jika menang.
Jentera PKR tidak banyak membantu kerana bergelut dengan masalah dalaman berpunca daripada pemilihan parti yang kelam-kabut.
DAP juga kehilangan banyak undi orang Cina dan India. Keputusan juga menunjukkan tidak semua pengundi muda menyokong DAP atau Dyana Sofya. Akibatnya, calon BN Datuk Mah Siew Keong menang bergaya, bukan sahaja berjaya melenyapkan majoriti 7,313 undi yang DAP menangi pada PRU13 malah memperoleh kelebihan 238 undi.

0 Komentar untuk "PRK Teluk Intan: DAP kalah kerana angkuh"