Krisis Terengganu: BN masih kekal memerintah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Krisis Terengganu: BN masih kekal memerintah



KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya dari Umno mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas, kata penasihat undang-undang negeri, Datuk AzharAbdul Hamid.

Beliau berkata walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Tiga wakil rakyat yang mengisytiharkan keluar daripada Umno ialah bekas Menteri Besar dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, yang meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif semalam, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).
   
Azhar ketika dihubungi Bernama, berkata speaker Dun turut dikira bersama 14 Adun BN yang masih tinggal dan dengan itu kerajaan BN masih kekal memerintah negeri ini.

Selepas Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar semalam, Adun Seberang Takir yang juga Exco Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu malam tadi.

http://www.sinarharian.com.my/politik/krisis-terengganu-bn-masih-kekal-memerintah-1.279623


0 Komentar untuk "Krisis Terengganu: BN masih kekal memerintah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI