Bukan Islam tertakluk hudud jika jejas keamanan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bukan Islam tertakluk hudud jika jejas keamanan



SHAH ALAM - Orang bukan Islam boleh dikenakan hukum hudud jika sesuatu kes jenayah itu boleh menjejaskan keamanan sejagat serta mencabul keadilan semua pihak.

Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah berkata isu meminum arak dan zina tidak berkaitan dengan keamanan sejagat dan hanya terpakai kepada umat Islam.

"Hudud bukan untuk tujuan sembahyang dan ibadat, ia untuk menjaga keamanan bagaimana hendak wujudkan keamanan jika hanya Islam dikenakan potong tangan.

"Dalam isu mencuri semua orang boleh dikenakan hudud kerana ia bukan ibadat malah menjaga dan memberi keadilan kepada semua pihak," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah kita di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut pertikaian banyak pihak khususnya bukan Islam yang keliru terhadap hukum hudud dan dianggap tidak adil apabila melepaskan penjenayah bukan Islam dalam kes mencuri dan merompak.

Isu timbul apabila kerajaan Brunei yang mula melaksanakan hukum hudud pada 1 Mei lalu turut mengenakan hudud dan takzir terhadap bukan Islam jika jenayah dilakukan bersama orang Islam.

Antaranya kes zina yang menyebut mana-mana bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan jika sabit boleh disebat tidak melebihi 30 sebatan atau ditahan di mana-mana pusat pemulihan tidak melebihi tiga tahun.

"Mana mungkin hudud boleh dilaksanakan jika jenayah yang dilakukan oleh bukan Islam itu boleh menjejaskan keamanan dan merampas hak orang lain.

"Jika jenayah itu mempunyai kaitan dengan kepentingan umum, bukan Islam boleh dikenakan hudud," katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/bukan-islam-tertakluk-hudud-jika-jejas-keamanan-1.277916
0 Komentar untuk "Bukan Islam tertakluk hudud jika jejas keamanan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI