SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO) mengklasifikasikan kelemahan dan kepincangan dalam proses pemilihan cabang PKR membuktikan parti itu gagal melaksanakan perjuangan keadilan yang dilaungkan mereka selama ini.
Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan menggariskan beberapa punca kepincangan dalam persaingan merebut jawatan PKR Selangor antaranya sikap berpuak dalam parti dan sistem pengundian yang tidak sistematik.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana parti alternatif itu mahu diberi peluang membentuk kerajaan sedangkan gagal mengendalikan pemilihan di peringkat cabang.
“Mereka rakus merebut kuasa di kalangan sekutu sendiri dan bertindak mengetepikan undang-undang yang ditetapkan dalam perjalanan proses pemilihan.
“Selain itu, sistem pemilihan yang berubah-ubah menjadikan penyokong keliru serta tidak jelas. Ini bukanlah kali pertama kekecohan ini berlaku dalam PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau turut menyifatkan amalan berpuak-puak dalam parti menjadi punca kekecohan yang tercetus ketika pemilihan berlangsung sehingga mendesak ia dibatalkan.
Katanya, perebutan kuasa dan amalan puak itu mendukung calon peringkat tinggi memecahkan sokongan dan mencetuskan perbalahan di kalangan mereka.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin secara sinis ‘memuji’ presiden parti berkenaan kerana telah mengadakan proses pemilihan yang telus.
Beliau menyifatkan teori yang dicanang parti itu tidak relevan dengan apa yang telah berlaku dan tidak menggambarkan perjuangan PKR yang selama ini turun ke jalan raya menuntut pilihan raya bersih dan adil.
“PKR sudah jadi parti emas yang menjadi rebutan banyak pihak sehingga menjadikan pemilihan sengit dan mencetuskan pergaduhan.
“Gaps bukan nak campur tangan dalam PKR tapi hairan dengan penyokong parti berkenaan yang baling kerusi untuk pilih ketua,” katanya.

0 Komentar untuk "Sistem tak stabil punca kecoh"