KUALA LUMPUR - Hanya 2.5 peratus rakyat Malaysia menjadi penderma darah tetap berbanding lima peratus penderma tetap di kebanyakan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, walaupun ketika ini bekalan darah di Pusat Darah Negara berada pada tahap memuaskan namun dalam tempoh mendatang keperluan itu dipercayai akan meningkat dan bertambah.
"Oleh sebab itu, usaha untuk menambah tabungan darah di Pusat Darah Negara ini harus diteruskan, saya percaya kalau inisiatif sebegini dapat dilakukan oleh ramai pihak terutama badan bukan kerajaan ataupun swasta menerusi apa yang kita panggil tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"(Melalui usaha ini) maka peratusan rakyat yang tampil ke depan untuk menderma kepada tabung ini akan dapat kita tingkatkan," katanya semasa berucap merasmikan Kempen Derma Darah anjuran Yayasan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) Golf Amal di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden TSM Golf Amal Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dan Timbalan Pengarah Pusat Darah Negara Dr Afifah Hasan. - Bernama

0 Komentar untuk "Hanya 2.5 peratus rakyat Malaysia penderma tetap"