KUALA LUMPUR - Tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang menyebut bahawa undang-undang jenayah Islam khususnya hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini.
Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari menegaskan bahawa undang-undang tertinggi adalah Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana yang berlawanan dengannya adalah terbatal.
"Perkara 41 selalu diputarbelitkan pihak tertentu dengan mengatakan apa juga tindakan termasuk hendak melaksanakan hudud perlu ikut Perlembagaan.
"Dalam Perlembagaan dari Perkara 1 hingga 183, tiada peruntukan yang mengatakan undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan," katanya pada Wacana Perdana Hudud bertajuk 'Ke Manakah Kelantan' di ibu negara, malam tadi.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut bantahan MCA sebelum ini yang mengatakan undang-undang hudud yang dicadangkan Pas Kelantan tidak relevan dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, Ketua Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen dipetik sebagai berkata, undang-undang hudud yang dicadangkan oleh Pas Kelantan itu tidak relevan dengan akta undang-undang yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Pelaksanaan hukum hudud Pas tidak selari dengan hukum undang-undang Perlembagaan Persekutuan, ianya tidak sesuai kepada masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia, jika hukum hudud dilaksanakan ianya akan memberi kesan yang teruk kepada rakyat," katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz menambah, hujah rakan Umno itu semakin lemah sambil mendakwa akta undang-undang keluarga Islam tidak pernah dipertaikaikan bukan Islam sebelum ini, sedangkan ia juga sebahagian daripada undang-undang Islam.
"Jika dilihat satu persatu, tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya bahkan undang-undang jenayah syariah Islam kini adalah Islam, cuma hukumannya bukan (cara) Islam.
"Hukuman bagi orang Islam tidak berpuasa dan berzina pada masa ini menggunakan hukum takzir atau denda," katanya.
Tambahnya lagi, amalan Islam di negara ini bukan perkara baharu dan ia terbukti apabila sistem perbankan Islam sendiri mendapat sambutan menggalakkan daripada bukan Islam.
"Pada 1970-an wujud bantahan jika perbankan Islam dilaksanakan di negara ini, ia akan runtuh namun bila terlaksana pada 1982, semuanya elok saja.
"Tiada sebab mengapa Perlembagaan perlu dipinda, masalahnya siapa hendak buat, negeri atau Persekutuan," katanya lagi.

0 Komentar untuk "Hudud: Aziz Bari bidas MCA"