Ular...percutian bertukar tragedi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ular...percutian bertukar tragedi

  ARENA perfileman Hollywod, filem-filem yang yang mengangkat tema ‘creature feature’ seperti Ananconda sememangnya sudah lama dihasilkan.
Namun, buat pertama kalinya di Malaysia, pihak KRU Studios menerusi anak syarikatnya, Showbiz Production Sdn Bhd membawakan filem ‘creature feature’ pertama menerusi Ular.

Biarpun ada yang menyamakan Ular dengan Ananconda namun, penghasilan ular menerusi teknik imej janaan komputer (CGI) dilihat lebih real.

Apatah lagi, menerusi filem ini, ular sawa batik itu dikatakan menjadi penghuni tetap di sebuah pulau dan sememangnya sudah lama tidak menikmati makanan.

Secara ringkasnya filem diarahkan oleh Jason Chong ini mengisahkan seorang wartawan kontroversi yang diturunkan pangkat dan terpaksa bertugas untuk membuat liputan pelancaran pusat percutian impian di sebuah resort yang baharu dibuka.

Namun misteri mula berlaku, apabila beliau menyedari satu persatu pengunjung yang memenangi hadiah percutian ke pulau itu hilang, pemilik resort itu yang juga seorang banduan mengetahui berkenaan masalah yang melanda pulau itu namun disebabkan masalah kewangan beliau terpaksa membuka juga resort itu.

Namun begitu, berlaku situasi panik apabila kesilapan yang dilakukan pengunjung  menyebabkan ribuan ular yang kelaparan mengganas dan membuat suasana menjadi kacau bilau.

Gandingan pertama Lisa, Yusry

Filem yang memperlihatkan gandingan pertama Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim sebelum mereka berkahwin, turut menampilkan pelakon lain seperti Izzue Islam, Harun Salim Bachik, Sharifah Sakinah, Zarina An Joulie, Namron, Zarina Zainudin dan beberapa pelakon lain lagi.

Ternyata, gandingan Lisa dan Yusry dilihat cukup natural dalam filem ini, biarpun ketika penggambaran dilakukan, mereka hanya menghitung hari untuk disatukan.

Selain itu, lakonan Izzue biarpun masih baharu pada ketika itu, ia masih mampu memberikan lakonan yang cukup mantap. Begitu juga dengan Harun dan beberapa pelakon lain seperti Namron.

Tidak terlalu merumitkan jalan cerita filem ini dimulakan dengan babak-babak setiap pengunjung bertuah menerima hadiah percutian istimewa tersebut.

Ia seterusnya membawa penonton melayari pelayaran mereka ke resort itu dan seterusnya berkenalan dengan kakitangan yang ada di resort tersebut.

Namun, dengan menyelitkan beberapa babak ular mengganas, ia sudah cukup untuk menimbulkan rasa ngeri bagi mereka yang amat fobia dengan ular atau geli dengan reptilia itu.

Dialog 'double meaning'

Bagaimanapun, apa yang kurang memuaskan bagi pandangan penulis adalah saiz ular yang agak besar dan ada ketikanya seperti sama saiz dengan Ananconda.

Namun, melucukan apabila ada beberapa ular yang dilihat melingkar dengan cara 'double meaning', menerusi beberapa babak di dalam filem ini.

Selain itu, penggunaan beberapa dialog 'double meaning' pada pandangan penulis amat tidak sesuai untuk ditonton bersama kanak-kanak, sekiranya ia ditayangkan di kaca TV atau Astro First kelak.

Bagaimanapun bagi anda yang mahu mengatasi rasa fobia terhadap ular, jangan lupa untuk saksikan filem ini di pawagam.

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ular-percutian-bertukar-tragedi-1.228231


0 Komentar untuk "Ular...percutian bertukar tragedi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI