The Hobbit kembali - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

The Hobbit kembali

PERJALANAN orang kerdil, Bilbo Baggins bersama sekumpulan Dwarf bermula apabila mereka cuba mencuri semula emas daripada seekor naga jahat, Smaug.

Penggambaran filem yang dilakukan sepenuhnya di New Zealand berlatar belakang suasana penuh kehijauan amat mengagumkan.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah dan tempoh penggambaran yang panjang, kesemua pelakon begitu komited dengan kerja mereka.

Pengarahnya, Peter Jackson berkata, dia mahu bekerja di samping 'pelakon terbaik' dan menjadi sebahagian keluarga besar filem itu.

"Sangat sukar melakukan penggambaran selama 18 bulan jadi pemilihan pelakon haruslah sesuai dan tepat.

"Sebolehnya kami mahu mereka yang mampu bersabar dengan tekanan kerja yang meletihkan dan mencabar ini.

"Namun, saya bersyukur setiap pelakon sanggup berhadapan dengan setiap cabaran," katanya.

Dalam filem ini, Baggins terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran untuk mendapatkan semula emas yang dicuri Smaug.

Dia bersama Dwarf perlu berhadapan dengan rintangan apabila bertemu dengan musuh mereka selain perjalanan mereka penuh dengan bahaya.

The Hobbit: The Desolation Of Smaug
PENGARAH : Peter Jackson
PELAKON : Martin Freeman, Ian McKellen, Richard Armitage, Orlando Bloom
GENRE : Pengembaraan / Fantasi
DURASI : 2 jam 41 minit
KLASIFIKASI : P13
TARIKH TAYANGAN : 12 Disember 2013

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/the-hobbit-kembali-1.228241
0 Komentar untuk "The Hobbit kembali"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI