Paku: Lagi kisah pontianak - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Paku: Lagi kisah pontianak

FILEM seram Paku berkisar mengenai wanita yang meninggal dunia dihidupkan kembali setelah suami wanita itu tidak dapat menerima kematian isterinya.

Demi cinta, Fahmi (Johan Asari) sanggup melanggar hukum agama dan mengambil keputusan untuk menghidupkan semula isterinya, Riana (Aisyah) yang telah mati.

Walaupun ia mungkin mempunyai persamaan dengan filem Paku Pontianak yang ditayangkan pada 22 Ogos lalu, namun jalan cerita filem berbeza.

Pengarahnya, P Ramesh berkata penggambaran filem Paku disiapkan lebih awal sebelum filem Paku Pontianak.

Tegasnya, tiada isu berbangkit harus dipersoalkan kerana mereka tidak meniru skrip atau jalan cerita daripada filem tersebut.

"Tiada istilah ciplak, mungkin kami mengangkat kisah wanita meninggal kemudian dihidupkan hanya kebetulan semata-mata.

"Lagipun terdapat banyak perbezaan dengan filem Paku Pontianak kerana kami memasukkan unsur mistik dan ilmu hitam," katanya mengangkat daripada kisah benar yang terjadi dalam masyarakat kita.

Tambah Ramesh, skrip filem itu diadaptasi daripada kisah pontianak dari Indonesia yang ditulis oleh Alexander, namun diubah suai mengikut kesesuaian masyarakat negara ini.

"Kami juga terpaksa memotong beberapa adegan panas dan khurafat untuk menjaga sensitiviti orang ramai.

"Bukan untuk menakutkan sesiapa, tapi sepanjang penggambaran kami berhadapan dengan pengalaman seram apabila diganggu makhluk halus," katanya.

Paku
PENGARAH : P. Rameesh
PELAKON : Johan Asari, Aishah Ilias, Diana Johor, Azad Jasmin, Kamal Adli
GENRE : Seram
DURASI : 88 minit
KLASIFIKASI :
TARIKH TAYANGAN : 12 Disember 2013

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/lagi-kisah-pontianak-1.228237
0 Komentar untuk "Paku: Lagi kisah pontianak"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI