KOTA BHARU - Penyebaran beberapa isu kontroversi yang bercanggah dengan agama secara meluas di laman sosial dianggap salah satu usaha Islam liberal bagi mencelarukan pemikiran umat Islam, sekali gus mahu umat Islam berpecah.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, strategi tersebut diatur teliti oleh pihak yang didakwa cemburu dengan kekuatan Islam.
“Di sebalik perpaduan, sudah tentu ada ancaman dan apabila ada perpaduan, di situlah ada kekuatan, malah apabila ada perpecahan di situ ada kelemahan.
“Oleh itu, pihak yang cemburu dengan kekuatan Islam berusaha untuk melemahkan Islam melalui perpecahan. Sebab itulah Islam melarang keras umatnya berpecah, sebaliknya jika ada perselisihan pendapat, ia baik kerana jika diurus boleh menjadi rahmat,” katanya selepas
merasmikan Majlis Muwaasolah Ulama Bersama Ummah di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di sini, semalam.
Memberi contoh penganjuran program ‘Saya Mahu Menyentuh Anjing’ baru-baru ini, program itu dianggap satu strategi yang memecah-belahkan Islam.
“Kalau kita tengok benda itu tiada apa, sebagai contoh letak kertas dan bulatkan, ini kepala bapa kamu, ini kepala bapa aku. Kalau pijak, apa masalahnya, pijak surat khabar. Bagaimanapun, itu sebenarnya sudah hina kepala bapa saya.
“Dalam kalangan ulama sendiri berpecah, ada pelbagai pendapat, mufti kata ini, ulama itu kata ini, berlaku telagah dan akhirnya kata siapa kita mahu pegang dan celaru pemikiran umat Islam,” katanya.
Beliau turut kesal apabila ada pihak tertentu bertindak menyebarkan gambar anjing memakai serban di media sosial.

0 Komentar untuk "Strategi celarukan pemikiran Islam"