KALI ini novel berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) diadaptasi
menjadi sebuah drama bersiri untuk siaran Astro Mustika HD bulan
Disember dan disiarkan secara eksklusif bermula 9 Disember ini.
Memilih Sharnaaz Ahmad dan Nelydia sebagai pelakon utama, drama ini memaparkan kisah kehidupan Jebat (Sharnaaz) yang merupakan seorang lelaki kataris yang cuba untuk berubah dari jalan hitam kehidupannya sebelum ini.
Drama bersiri terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd arahan Jamal Khan ini bakal bersiaran selama 60 episod.
Menurut penerbit drama ini, Datin Ziela Jalil berkata, penonton bakal dibawa menyoroti kisah romantik yang memaparkan kehidupan Jebat, lakonan Sharnaaz Ahmad yang merupakan seorang lelaki katarsis, berdarah campuran Melayu Cina yang mana sifatnya yang lebih tenang, rajin dan baik hati selepas berubah. Ia telah menarik perhatian Mastura lakonan Nelydia Senrose, adik ipar kepada majikannya Uwais.
“Kami memang sepakat membuat gandingan antara Sharnaaz dan Nelydia. Dan kami lihat, watak itu memang sesuai dengan mereka. Melalui drama ini kami memberikan adaptasi persamaan hampir seperti novel asal yang ditulis E-man Sufi.
“Saya yakin, dengan gandingan mereka dapat mencipta satu lagi fenomena selepas cerita jodoh Itu milik Kita yang telah bersiaran di Mustika HD sebelum ini,” katanya yang turut membilang para pelakon lain yang juga terlibat menjayakan drama ini seperti Iqram Dinzly, Datuk Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Chew Kin Wah, Adeline Tsen, Tony Eusoff dan Alex Yanz.
Drama bersiri terbaik
Dalam pada itu, menurut Pengurus Saluran Mustika HD, Natasha Hashim, pihak Mustika HD amat selektif dalam memilih karya untuk ditayangkan di saluran ini yang sudah sinonim dengan tayangan drama bersiri terbaik dan mengumpulkan kelompok peminatnya yang tersendiri.
Natasha berkata, gabungan pemilihan novel yang padat dengan jalan cerita yang hebat, olahan dan pengarahan drama yang cemerlang dan kekuatan barisan pelakon menjadi nadi kepada penghasilan karya hebat.
“Justeru itu, tidak boleh disangkal lagi bahawa drama bersiri BKATC berada di kelasnya yang tersendiri dan selayaknya mengisi slot drama bersiri untuk tayangan di saluran premium berdefinisi tinggi (HD).
“Kami juga amat berbesar hati untuk memperkenalkan lagu tema BKATC yang berjudul Salahkah, paduan suara Hafiz & Dato’ Rossa ciptaan Moh. Charly Van Houtten (Setia Band),” katanya.
Menurutnya, ia sinonim dengan kehadiran setiap drama bersiri di saluran ini, satu lagu tema akan dirakamkan khas untuk menambahkan lagi impak karya yang ditayangkan. Formula ini dilihat menunjukkan situasi ‘menang-menang’ sama ada terhadap drama bersiri mahupun lagu yang diputarkan.
“Kami turut ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Talent dan Suria Records untuk kerjasama yang baik ini.
"Kami berharap segala usaha yang dilakukan ini dapat memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan perkhidmatan Astro Byond terutamanya yang melanggan pakej Mustika,” katanya yang turut mempromosikan untuk para pelanggan di mana akan menayangkan Di Sebalik Tabir BKATC pada 2 Disember 2013 (hari ini), jam 9.30 malam diikuti Hafiz & Rossa @ Jakarta jam 10.00 malam yang akan memaparkan di sebalik proses rakaman dan pembikinan muzik video Salahkah.
Sharnaaz - Nelydia serasi
Selain itu, Sharnaaz dalam sidang media ini, turut mengakui dirinya mempunyai banyak persamaan dengan watak yang diberikan sekali gus tidak menyukarkannya memberikan yang terbaik untuk drama ini.
“Bila membaca skrip dan novel ini, saya dapat rasakan watak Jebat sangat dekat dengan diri saya. Semakin lama membaca, saya dapat rasakan seperti pernah melalui perkara di dalam cerita ini. Bahkan ia seperti menukar nama dan tajuk sahaja yang lain adalah berkaitan dengan saya.
“Jadi ia mudah kerana saya untuk melakonkan watak Jebat ini. Peminat tidak rugi untuk mengikuti drama ini kerana garapan skripnya sangat menarik dan ia wajib di tonton,” katanya.
Berlainan dengan Sharnaaz, menurut Nelydia dia sebenarnya takut dan sangat gementar sewaktu kali pertama bergandingan dengan pelakon lelaki yang versatil ini.
“Saya memang sangat gementar dan takut apabila berlakon di samping Sharnaaz. Dia merupakan pelakon yang bagus.
"Apabila mendapat watak itu, dia in karakter. Dapat membawakan watak itu dengan sangat baik dan mendalam. Saya sebenarnya, banyak mengambil tunjuk ajar daripadanya,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/bukan-aku-tak-cinta-1.227808

0 Komentar untuk "Bukan Aku Tak Cinta"