Zairil: DAP tidak tindas ahli Melayu - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Zairil: DAP tidak tindas ahli Melayu


SHAH ALAM - "Tiada seorang pun perwakilan yang ditindas dalam DAP," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Menurutnya, sepanjang pengalamannya bersama parti itu, beliau tidak pernah menghadapi sebarang masalah atau dikenakan sekatan bersuara atau berpolitik, walaupun beliau adalah seorang berbangsa Melayu.

"Sepanjang pengalaman saya dalam parti DAP, saya nampak tidak pernah ada masalah, lebih-lebih lagi yang berasaskan kepada kaum dan agama," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Tambah Zairil lagi, pendekatan yang diguna pakai DAP pada masa ini berasakan prinsip keterbukaan dan sentiasa positif kepada kebebasan bersuara rakyat khususnya generasi anak muda.

"Saya dapati dalam DAP ialah keterbukaannya di dalam mendengar rintihan serta suara anak muda.

"Bagi saya peluang dan ruang anak muda untuk maju di dalam DAP sangat cerah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hala tuju pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam mendepani cabaran demokrasi dalam menerima keahlian selain kaum Cina dalam keanggotaan parti itu.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hala tuju pemilihan semula CEC pada akhir bulan ini, beliau berkata, DAP akan membuktikan yang terbaik bagi mengelakkan sebarang kontroversi susulan dilabelkan sebagai tidak demokrasi kerana mengekalkan muka lama.

"Bagi saya pada pemilihan CEC kali, yang lebih penting DAP harus buktikan bahawa calon yang terpilih adalah daripada kalangan calon-calon yang terbaik dari segi kebolehan, potensi dan rekod prestasi dalam parti.

"Warna kulit dan sebagainya tidak penting, sepertimana prinsip perjuangan pari iaitu perjuangan untuk semua," katanya.

Manakala ketika disoal mengenai bagaimana strategi DAP bagi mengelak provokasi menjelang CEC kali ini beliau mengatakan DAP sentiasa bersedia serta tidak mudah termakan dengan perkara tersebut.

"Provokasi sudah tentu akan muncul gara-gara musuh kita, yang penting kita (DAP) tidak termakan umpan perkauman," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/zairil-dap-tidak-tindas-ahli-melayu-1.199954
0 Komentar untuk "Zairil: DAP tidak tindas ahli Melayu"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI