IPOH - Belanjawan 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Oktober ini akan menampakkan erti sebenar langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan dan arah tuju negara, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, rasionalisasi subsidi membolehkan kerajaan mempunyai lebih pendapatan untuk disalurkan kepada pembangunan negara yang antaranya menumpu usaha meringankan beban golongan menengah bawah, akses pemilikan rumah khususnya mampu milik serta keperluan insfrastruktur.
"Kalau RM24 bilion (nilai subsidi minyak oleh kerajaan) tidak termasuk subsidi lain dapat dikurangkan, ia akan digunakan untuk pembangunan perumahan, insfrastruktur serta penekanan kepada ekonomi inovasi dan kreativiti sebagai pelaburan masa depan. Kita dapat mengadakan peruntukan untuk penyelidikan dan pembangunan serta usahawan kecil, maka pertumbuhan ekonomi kita akan menjadi lebih cepat dan menyeluruh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 peringkat Parlimen Tambun di Padang Bandaran Tanjung Rambutan di sini.
Katanya, segala usaha kerajaan bukan sekadar mahu meningkatkan pendapatan negara dan rakyat, malah untuk mengurangkan jurang antara golongan kaya dan miskin.
Di samping itu katanya, golongan menengah bawah juga akan dibantu dalam konteks yang lain dan kini kerajaan sedang mengkaji beberapa pendekatan terhadap usaha itu.
Ahmad Husni berkata, langkah rasionalisasi subsidi juga membolehkan lebih banyak penyaluran peruntukan kerajaan untuk agenda pembangunan yang antaranya menumpukan sektor perumahan mampu milik serta keperluan insfrastruktur di seluruh negara.
"Kerajaan akan mempunyai lebih peruntukan yang boleh digunakan untuk pembangunan negara, antara fokus adalah perumahan mampu milik selain keperluan insfrastruktur yang menjadi keutamaan di Sabah dan Sarawak. Kekuatan ekonomi di kedua-dua negeri berkenaan tidak dapat dioptimumkan kerana berdepan masalah insfrastruktur," katanya.
Bagaimanapun katanya, tiga parameter asas kepada Belanjawan 2014 yang perlu dijaga iaitu kerajaan perlu memastikan adanya lebihan kos operasi yang bermakna hasil perlu melebihi perbelanjaan, keduanya pertimbangan terhadap dasar fiskal iaitu pengurangan defisit dan ketiga nisbah hutang berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) perlu dikekalkan di bawah 55 peratus.
Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata, rasionalisasi subsidi tidak dilaksanakan semata-mata dengan melihat kedudukan negara yang dibuat oleh agensi penarafan global, Fitch Ratings kerana kerajaan juga meneliti keseluruhan kedudukan negara dalam konteks ekonomi dunia.
"Kita sedar kerana sekarang ini fasa pertumbuhan ekonomi dunia sebenarnya lebih teruk daripada dahulu. Semasa kejatuhan ekonomi, negara-negara seperti Brazil, Rusia, India, Indonesida dan China tidak terjejas, pertumbuhan ekonomi mereka begitu tinggi, namun kali ini pertumbuhan negara berkenaan telah merosot, jadi dalam hubungan ekonomi dunia, kita perlu pastikan ekonomi negara terus mencapai pertumbuhan dan kesejateraan," katanya.
Justeru, apa yang dilakukan oleh kerajaan termasuk inisiatif dalam Belanjawan 2014 kelak adalah usaha memperkukuhkan ekonomi negara dalam suasana ekonomi dunia yang 'muram', sekaligus badan atau agensi penarafan akan meningkatkan kedudukan negara.
"Seperti Fitch Ratings yang membuat kenyataan menerima baik insiatif kita namun perlu ada lebih usaha oleh kerajaan. Ini yang kita akan lakukan," katanya.
Sebelum ini, agensi penarafan Fitch Ratings telah menyemak kembali tinjauan penarafan kredit negara daripada stabil kepada negatif berikutan keraguan mereka terhadap hasrat kerajaan untuk menguruskan perbelanjaannya.
Ahad lepas, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz berkata kerajaan dan BNM sedang menangani kebimbangan yang ditimbulkan oleh Fitch Ratings terhadap tabungan awam dan struktur belanjawan.
Pada 3 September, agensi itu telah memberi respon terhadap pengurangan subsidi petrol dan diesel oleh kerajaan dengan mengatakan langkah Malaysia untuk meningkatkan kemampanan fiskal dan kestabilan makroekonomi jangka panjang boleh menyaksikan perubahan pada penarafan kepada tinjauan masa depan yang stabil. - Bernama

0 Komentar untuk "Bajet 2014 perjelas erti rasionalisasi subsidi"