Hari ini kita merayakan ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-56. Walaupun pada akhir-akhir ini kita ada masalah jenayah dan ekonomi, masalah kita tidaklah seteruk di banyak negara yang boleh kata hari-hari beratus-ratus orang mati kerana perang dan sabotaj.
Sebab itulah Kunta Kinte tak putus-putus bagi nasihat dan amaran supaya kita berjaga-jaga sebelum nasi tumpah ke tanah. Kalau jadi bubur kita masih boleh makan. Bubur beras dengan ikan masin dan sambal belacan sedap juga.
Kunta Kinte nak ambil satu contoh bagi mudahkan perbincangan kita minggu ini, iaitu kesusahan yang timpa pelajar kita di Mesir.
Akibat keganasan politik di negara Arab itu bukan saja rakyat jelatanya yang menderita. Orang yang bergantung nasib kepada negara itu pun turut susah.
Tengok sajalah apa yang terjadi kepada pelajar kita di negara itu. Dah dua kali mereka dibawa keluar demi keselamatan mereka dan dihantar balik demi pelajaran mereka.
Usah bergantung kepada dunia Arab
Kunta Kinte nak tanya sampai bila kita nak ambil keluar beratus dan beribu pelajar kita dari Mesir dan dari negara-negara Arab yang bergelora lepas tu hantar balik. Lama-lama boleh muflis.
Jadi, Kunta Kinte cadangkan kita janganlah lagi bergantung kepada dunia Arab untuk pendidikan anak cucu kita sama ada dalam bidang agama atau bidang am.
Dalam Kunta Kinte mengucapkan terima kasih dan syabas kepada kerajaan dan individu kerana ambil berat keselamatan dan kebajikan pelajar kita, Kunta Kinte rasa sudah sampai masa kita fikir secara logik dan jangka panjang pergantungan kita kepada negara-negara Arab sebagai sumber ilmu dan tamadun Islam.
Kunta Kinte cadangkan pelajar yang kita bawa balik tu jangan kita hantar semula ke Mesir kalau mereka boleh sambung pelajaran di Malaysia atau di tempat-tempat lain yang lebih selamat.
Penuhi institusi pengajian kita
Kunta Kinte tahu banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang tak penuh. Kita boleh gunakan mereka untuk pelajar-pelajar yang kita bawa balik dari Mesir dan negara-negara Arab.
Untuk jangka masa sederhana dan panjang, kita buat dasar dan rancangan untuk pesatkan transformasi negara kita sebagai pusat baru antarabangsa bagi ilmu dan tamadun Islam.
Dalam bidang ekonomi dan diplomasi kita dah banyak buat dan berjaya. Kita berjaya bangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat antarabangsa perbankan Islam dan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) semakin diiktiraf.
Kunta Kinte yakin kita boleh buat sebab negara kita adalah negara Islam terulung di dunia dari segi kemajuan ekonomi dan pembabitan dalam perdagangan antarabangsa.
Lagipun, lebih ramai orang Islam di Asia Tenggara daripada di Asia Barat. Indonesia saja ada 238 juta. Negara kita pun strategik sebab dekat dengan beberapa negara Islam lain macam Brunei dan Bangladesh. Orang Islam pun banyak di Thailand, Filipina dan India.
Kibar panji-panji ilmu
Sebenarnya kita saja yang merendah diri atau tak tahu berkenaan keistimewaan dan pandangan tinggi orang Islam sedunia terhadap Malaysia. Tengok sajalah betapa banyaknya pelajar, pekerja dan pelancong dari negara-negara Islam yang ada di negara kita.
Kunta Kinte rasa lebih murah kita bawa masuk 100 atau 200 profesor dan pensyarah dari negara-negara Arab daripada menghantar beribu-ribu pelajar kita ke sana yang belum tentu boleh belajar dalam keadaan selesa dan selamat.
Satu lagi, kalau kita jadikan Malaysia sebagai pusat ilmu dan tamadun Islam kita boleh sekat atau kurangkan bilangan cendekiawan Islam, khasnya dari Asia Barat, pergi ke negara-negara Barat di mana akhirnya banyak daripada mereka diindoktrinasikan bagi menyokong Barat.
Inilah cabaran Kunta Kinte kepada kepemimpinan politik Islam Malaysia tak kira parti, kepada cendekiawan Islam, kepada penderma Islam dan kepada usahawan Islam untuk sama-sama mengibarkan panji-panji ilmu serta tamadun Islam di dunia sebelah Timur.
Wallahualam.
E-mel ke bhrencana@bh.com.my untuk berkongsi pendapat anda
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KuntaKinte_Malaysiapusatilmu_tamadunIslam/Article

Dalam Kunta Kinte mengucapkan terima kasih dan syabas kepada kerajaan dan individu kerana ambil berat keselamatan dan kebajikan pelajar kita, Kunta Kinte rasa sudah sampai masa kita fikir secara logik dan jangka panjang pergantungan kita kepada negara-negara Arab sebagai sumber ilmu dan tamadun Islam”

0 Komentar untuk "Kunta Kinte: Malaysia pusat ilmu, tamadun Islam"