AS mahu bertindak sendirian - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

AS mahu bertindak sendirian


Sekutu rapat minta operasi ketenteraan ke atas Syria ditangguh

Washington: Amerika Syarikat semalam memberi isyarat bahawa ia bersedia bertindak bersendirian ke atas Syria jika perlu untuk melindungi keselamatan kepentingannya selepas parlimen Britain menolak usul kerajaan Perdana Menteri David Cameron untuk melancarkan serangan peluru berpandu.
Pentadbiran Presiden Barack Obama yang kecewa dengan keputusan itu bagaimanapun mengesahkan negara itu akan melaksanakan campur tangan bersenjata dalam persidangan dengan pemimpin Kongres malam Khamis lalu.

Presiden Perancis Francois Hollande yang pertama menyokong tindakan tentera dan pemimpin Jerman yang juga sudah menyatakan sokongan, meminta tindakan tentera ditangguhkan sehingga Majlis Keselamatan PBB membuat penilaian ke atas bukti yang dikumpulkan pakar senjata kimia yang masih berada di Syria.

Ketika Pentagon mengerakkan armada pemusnah kelima dilengkapi peluru berpandu ke timur Mediterranean, negara sekutu utamanya, dilihat belum bersedia.

PBB buat penilaian

Presiden Perancis Francois Hollande yang pertama menyokong tindakan tentera dan pemimpin Jerman yang juga sudah menyatakan sokongan, meminta tindakan tentera ditangguhkan sehingga Majlis Keselamatan PBB membuat penilaian ke atas bukti yang dikumpulkan pakar senjata kimia yang masih berada di Syria.

Dalam satu temuramah televisyen Rabu lalu, Obama berkata keselamatan ke atas kepentingan Amerika di Syria termasuk menghentikan penggunaan senjata kimia, menyekat pengganas daripada mendapat senjata terbabit dan melindungi negara jiran yang menjadi sekutunya seperti Israel dan Turki.
Pegawai berkata, Obama tidak berminat untuk mengemukakan perkara itu di PBB, kerana pasti Russia akan menyekat sebarang resolusi untuk mengutuk Syria, manakala China hampir pasti mengambil tindakan serupa.

“Kami akan membuat keputusan kami sendiri dan menentukan masanya,” kata jurucakap Jabatan Negara Marie Harf tanpa menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil.

Mahu kerjasama

Beliau menafikan bahawa pentadbiran Obama meningkatkan usaha perisikan dan enggan membincangkan bukti yang diperoleh tetapi menolak andaian tindakan diambil sama seperti apa yang dilakukan ke atas Iraq.

Timbalan jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest, berkata Obama berminat untuk mendapatkan kerjasama masyarakat antarabangsa ketika beliau menimbang sama ada mahu melancarkan serangan peluru berpandu. - AGENSI

0 Komentar untuk "AS mahu bertindak sendirian"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI