Hulu Klang: Skop Production Sdn Bhd kekal dengan keputusan menayangkan filem KL Gangster 2 pada tarikh asal 3 Oktober ini walaupun hasil karya itu berdepan masalah rompakan digital.
Pengarah Urusan dan Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam, berkata masalah itu mendapat simpati Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memintanya menayangkan lebih awal, namun sebagai penerbit, beliau tidak mahu mementingkan diri sehingga melangkau giliran yang sudah diberikan.
“Tak adil saya langkau giliran yang sudah diberikan, kasihan produser lain yang begitu lama menunggu. Persoalan sama ada filem itu mampu meraih kutipan tertinggi atau sebaliknya gara-gara insiden terbabit, kita serahkan kepada rezeki,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Semalam, BH mendedahkan filem prekuel arahan Syamsul Yusof itu sudah dapat ditonton menerusi internet sebulan lebih awal daripada tarikh tayangannya di pawagam.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SkopProductiontetaptayangKLGangster2/Article

0 Komentar untuk "Skop Production tetap tayang KL Gangster 2"