Anwar cadang kerajaan, pembangkang berunding - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Anwar cadang kerajaan, pembangkang berunding


PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan pertemuan segera antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan masalah negara yang perlu ditangani.

Kata Anwar, titik pertemuan antara  BN dan PR perlu segera bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara hari ini.

"Kami cadangan rundingan terbuka secara telus dan kondusif," katanya pada sidang media selepas membaca perutusan kemerdekaan di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, cadangannya supaya perbincangan diadakan bukan kesediaan PR untuk membincangkan rundingan perpaduan dengan kerajaan.

"Dalam negara demokrasi asasnya ialah meletakkan rundingan semua pihak termasuk pembabitan pembangkang.

"Jadi apa salahnya diadakan rundingan untuk membincangkan beberapa isu asas," katanya.

Tegas Anwar, itu merupakan usaha terbaru membantu rakyat yang memberikan undi majoriti kepada PR yang mahukan perubahan.

Beliau turut menggariskan beberapa perkara yang menjadi asas perbincangan, antaranya soal kaum dan agama yang dimanipulasi, ekonomi yang kian merudum, peningkatan kadar jenayah dan tata kelola kerajaan yang baik.

0 Komentar untuk "Anwar cadang kerajaan, pembangkang berunding"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI