http://www.sinarharian.com.my/jangan-sekat-kebebasan-kami-berkarya-1.197055
BEGITULAH reaksi pengarah prolifik, Ahmad Idham berhubung kemelut filem Tanda Putera yang baru menemui penonton di pawagam, kelmarin.
Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra dengan gelaran Shumi itu sekali lagi menjadi topik hangat apabila ia mendapat bantahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Kesal dengan apa yang berlaku terhadap rakan seangkatannya, Idham memohon agar karya tempatan tidak terus menjadi mangsa isu politik.
Tegas Idham, tindakan Guan Eng itu bukan sahaja menyekat karya tempatan, tetapi juga tidak menghormati keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang membenarkan filem itu ditayangkan.
"Apa yang saya lihat, karya kita sekarang sering terperangkap dengan agenda politik. Sekiranya ia berterusan ia akan menyekat kebebasan kami untuk berkarya," tegas pengarah Lari dan Gangster Celop ini.
Idham berkata, polemik tersebut turut menyekat hak masyarakat untuk menonton filem hasil garapan anak tempatan sendiri.
"Kenapa nak sekat hak individu? Walaupun berada dalam negeri pemerintahan sesiapa sekalipun, mereka ada hak untuk menonton.
"Sebagai pembikin filem, saya sedar bahawa pandangan masyarakat itu penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan filem itu. Maka biarlah mereka yang menentukannya," katanya yang turut meluahkan kerisauannya sekiranya karya tempatan terus dicemari campur tangan politik.
Sementara itu, Shumi menerusi sebuah portal berita turut membidas kenyataan Guan Eng yang disifatkan berfikiran sempit serta tidak dapat membezakan politik dan karya seni.
“Jika betul dia (Guan Eng) ingin menyekat tayangan filem tersebut di negeri itu, ia adalah sesuatu perkara yang tidak matang dan bersikap prejudis.
“Beliau seharusnya dapat membezakan politik sempitnya dan industri kreatif negara,” katanya,
Sebelum ini, Guan Eng mendakwa Tanda Putera mempunyai adegan yang boleh mencetuskan provokasi apabila terdapat beberapa babak sensitif.

0 Komentar untuk "'Jangan sekat kebebasan kami berkarya!'"