http://www.sinarharian.com.my/kes-surau-elok-jangan-terlebih-emo-1.192865
ADA juga baiknya jadi binatang purba (dinosaur) yang tidak pupus macam saya. Banyak yang telah dilihat, didengar dan dicakapkan.
Jadi saya tidaklah “emo” berlebih-lebih sangat sampai mendedahkan diri kepada serangan jantung dan strok.
Bagi dinosaur macam saya, soal kiblat tak betul atau orang bukan Islam “sembahyang” di dalam surau atau masjid bukanlah perkara baru.
Tapi bagi orang muda, orang kurang baca, orang yang umpama katak bawah tempurung dan orang yang pandai menangguk di air keruh, khasnya di kalangan generasi Internet, ia adalah isu emosional kelas dunia.
Soal surau, masjid dan orang solat tak ikut kiblat atau kurang tepat kiblat bukanlah perkara baru atau asing. Puncanya banyak orang Islam tidak saintifik, malas belajar dan malas berfikir.
Banyak lagi orang Islam Malaysia, bila kita tanya mana arah kiblat, mereka kata, matahari turun atau matahari jatuh. Bukan Kaabah tetapi matahari jatuh. Mereka tidak tahu kalau mereka pergi ke Eropah mereka kena sembahyang menghala matahari naik.
Mungkin mereka tidak sedar atau tidak ambil peduli bahawa bila sembahyang di depan Kaabah ada kala mereka menghadap ke arah matahari naik, ada masa menghadap ke arah matahari turun, ada masa ke arah utara dan ada masa ke arah selatan.
Sampai hari ini pun ada lagi orang Islam Malaysia yang ubah kiblat ikut pergerakan matahari. Inilah akibat kita diajar sembahyang menghala matahari turun dan guna bayang untuk tentukan masuk waktu sembahyang.
Itu cara lama. Cara sebelum ada kompas, sebelum ada peta Google dan sebelum ada takwim. Malangnya, setelah ada kompas khas Kaabah dan peta Google pun ada lagi orang kita yang tidak tahu yang matahari bergerak mengikut musim dan kedudukan Malaysia bukan bertentangan dengan Kaabah.
Kalau kita di Kuala Lumpur, arah Kaabah adalah 292.6 darjah dari utara arah ikut putaran jam (clockwise). Maksudnya kita tidak menghala barat tetapi utara barat laut (northwest). Kalau ikut kedudukan, kita berada di koordinat 3° 51' 44.5638" Utara dan 101° 59' 0.1608" Timur, iaitu atas sikit dari Khatulistiwa manakala Makkah 21° 25' 36" Utara dan 39° 49' 34" Timur.
Jadi eloklah kita jangan emosi sangat sampai nak roboh surau dan masjid kerana tidak jajar (align) dengan Kaabah. Lagipun, sejak kefahaman dan amalan Islam menjadi semakin luas di negara kita, orang bukan Islam pun banyak yang sediakan ruang untuk surau.
Perkara biasalah kalau ada surau yang atur ruangnya tidak jajar dengan kiblat. Apalah nak dihebohkan. Kita hampar sajalah sejadah agar menghala Kaabah dengan menggunakan kompas. Sekarang ada banyak kompas khas untuk pastikan kiblat. Sepatutnya kita kena bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada orang yang sediakan ruang untuk surau.
Tapi kalau bangunan yang didirikan khas sebagai masjid dan surau lain hal lah. Sepatutnya sebelum didirikan, mintalah persetujuan pihak berkuasa agama dan mintalah mereka bantu pastikan kiblat dengan tepat. Janganlah main agak-agak atau suka-suka.
Ada Tempat Ibadat Untuk Semua
Berkenaan pengusaha chalet dari Singapura itu pula, saya rasa eloklah disiasat kefahamannya terhadap Islam dan pengetahuannya berkenaan hukum-hakam kita. Janganlah cepat sangat melatah sampai hendak tarik balik taraf pemastautin tetap dia.
Boleh jadi dia jahil atau terpengaruh dengan amalan di negaranya. Di Singapura, ada tempat “ibadat” yang dikongsi oleh semua agama misalnya macam di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Di situ, “prayer room” (bilik sembahyang) adalah untuk kegunaan penganut semua agama atau orang yang hendak bermeditasi. Bukan Singapura saja, di banyak negara bukan Islam kemudahan bilik sembahyang adalah untuk kegunaan semua agama.
Mungkin tidak di Malaysia. Lagipun tidak perlulah orang Islam Malaysia toleransi dan terbuka sangat sehingga benarkan orang bukan Islam “beribadat” di surau atau masjid sebab mereka pun ada rumah ibadat masing-masing. Malah bagi sesetengah mereka, tokong dan kuil mereka ada di merata tempat. Melawat bolehlah. Itu pun kenalah tertib dan sopan.
Di tempat-tempat di mana orang pelbagai agama berkongsi tempat ibadat asal usulnya adalah peninggalan sejarah. Misalnya di kalangan penganut Islam, Kristian dan Yahudi.
Akhir kalam, marilah kita jadi orang Islam yang bertolak ansur (bukan menyerah), berilmu dan budiman. Wallahualam.
Dipetik dari blog A Kadir Jasin

0 Komentar untuk "Kes surau: Elok jangan terlebih 'emo'"