UTC penuhi hasrat rakyat Kedah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

UTC penuhi hasrat rakyat Kedah

http://www.sinarharian.com.my/utc-penuhi-hasrat-rakyat-kedah-1.193085

ALOR SETAR - Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah di sini yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lepas merupakan satu kemudahan yang amat ditunggu oleh rakyat Kedah khususnya penduduk sekitar bandar raya ini.
   
UTC Kedah, pusat sehenti untuk semua perkhidmatan awam dan swasta, yang mula beroperasi sejak 23 Julai lepas menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan di bawah satu bumbung, yang melibatkan 32 agensi kerajaan persekutuan, badan berkanun dan swasta, serta 11 agensi kerajaan negeri. 
   
Bangunan UTC Kedah itu sendiri merupakan satu transformasi oleh kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Kewangan kerana ia adalah sebuah ruang kosong yang tidak berpenghuni sejak 2009 dan suasananya suram sebelum ini.
   
UTC Kedah bernilai lebih RM50 juta dan dengan keluasan 23,226 meter persegi ia adalah yang terbesar di kalangan lima UTC yang diwujudkan di negara ini selepas Kuala Lumpur, Melaka, Pahang dan Perak. Ia dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam, setiap hari kecuali cuti umum.
   
Bagi Atikah Abdul Wahab, 18, penuntut Kolej Poly Tech Mara (KPTM), UTC dapat memudahkan setiap aktiviti hariannya disebabkan UTC berhampiran dengan tempat pengajiannya.

"Disebabkan UTC berhampiran dengan KPTM ia memudahkan urusan saya sebagai pelajar di sini, saya juga tidak perlu pergi ke tempat lain kerana semuanya ada di sini, selain itu juga mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan yang dapat menyenangkan saya," katanya kepada Bernama.
   
Seorang lagi pengguna perkhidmatan di UTC, M. Hemalatha, 20, perkhidmatan yang disediakan dan berpusat di UTC banyak membantunya kerana semua kemudahan boleh didapati di situ.
   
"Semua perkhidmatan ada di sini, contohnya bil air, bil elektrik, klinik 1Malaysia, dan pusat membeli-belah juga ada, tempat parkir pun tidak ada masalah untuk mendapatkannya," katanya.
   
Beliau berkata semua perkhidmatan yang disediakan sangat memuaskan hatinya dan berharap ia berterusan pada masa akan datang.
   
Seorang peniaga, Norlaili Lat, 45, berkata semua perkhidmatan yang disediakan amat memudahkan dan menyenangkannya, selain dapat dilakukan dengan cepat dan pantas disebabkan semuanya berpusat di satu tempat yang sama.

"Saya sangat berpuas hati dengan semua perkhidmatan yang disediakan, malah semua proses pembayaran dan perkhidmatan sangat mudah dan cepat," katanya.
   
Bagi seorang peniaga di UTC, Muhamad Faisal Mohd Zain, 40, dengan adanya UTC ia dapat meningkatkan keuntungannya yang berniaga di situ disebabkan ia kini menjadi tumpuan orang ramai.
   
"Dengan adanya UTC ia bagus untuk peniaga seperti saya untuk meningkatkan hasil jualan kerana sebelum ini perniagaan yang saya jalankan kurang memberangsangkan, namun, saya berharap perniagaan saya akan lebih maju nanti kerana ia kini menjadi tumpuan orang ramai pada masa akan datang," katanya. - Bernama
0 Komentar untuk "UTC penuhi hasrat rakyat Kedah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI