Guna ahli keluarga di pejabat MP tidak mengapa - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Guna ahli keluarga di pejabat MP tidak mengapa

http://www.sinarharian.com.my/guna-ahli-keluarga-di-pejabat-mp-tidak-mengapa-1.192869

PEKAN - Menteri Kabinet atau Anggota Parlimen boleh menggunakan anggota keluarga mereka sebagai pembantu khas di kawasan parlimen masing-masing, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata mereka boleh menggunakan khidmat anggota keluargaasalkan tidak menggunakan peruntukan kerajaan atau mencampuri urusan dalamkementerian.
"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Taman Tasik Abu Bakar di sini hari ini.
Merujuk kepada anak lelaki Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk SeriMohamed Nazri Aziz, perdana menteri berkata beliau telah mendapatkan penjelasandaripada Mohamed Nazri bahawa anaknya, Muhammad Nedim, hanyalah menjalankantugas sebagai pembantu khas bagi membantunya secara sukarela di kawasan Parlimen Padang Rengas.
"Jadi tiada wang kerajaan yang digunakan untuk membiayai kerja-kerja yang anak beliau lakukan kerana itu kerja sukarelawan semata-mata," katanya.
Ditanya tindakan pihak pembangkang terus mempolitikkan isu itu, Najib berkata pembangkang sebenarnya dilihat lebih teruk daripada isu yang dibangkitkan mereka itu.
"Saya difahamkan ada juga amalan yang lebih berat daripada itu dilakukan oleh pemimpin parti pembangkang, tetapi ia terpulang pada pihak lain untuk tentukan perkara ini," katanya.

Mengulas mengenai pemindahan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir, perdanamenteri berkata kerajaan akan membuat persiapan logistik sekiranya keadaan dinegara itu semakin tidak terkawal.
"Kita buat persiapan logistik jika keadaan lebih buruk berlaku, kita tiada pilihan selain membawa pulang rakyat kita di sana terutamanya pelajar-pelajar kita, kita kena utamakan keselamatan mereka," katanya. - Bernama
0 Komentar untuk "Guna ahli keluarga di pejabat MP tidak mengapa"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI