Isu Insaniah: 'Kami hanya mewarisi masalah mereka' - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Isu Insaniah: 'Kami hanya mewarisi masalah mereka'

http://www.sinarharian.com.my/isu-insaniah-kami-hanya-mewarisi-masalah-mereka-1.193842


ALOR SETAR - Tidak perlu mengulas tohmahan pembangkang yang mengaitkan kerajaan negeri dengan isu Kolej Universiti Insaniah (Insaniah).

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, tidak mahu memberi tindak balas kepada dakwaan kononnya kerajaan negeri lemah dalam mengurus Insaniah kerana mahu memberi tumpuan kepada gerak kerjanya.

“Saya rasa kita tidak perlu respon kepada kenyataan mereka. Saya cuba tidak terlalu banyak bercakap.

"Saya ingat, rakyat dapat menilai apa prestasi kerja kita dan bukan menilai apa yang dicakap oleh pembangkang.

“Mereka boleh bercakap dan bercakap, tetapi tidak boleh menyelesaikan masalah,” katanya pada sidang media, semalam.

Ketika mengulas dakwaan pembangkang untuk mendedahkan minit mesyuarat yang didakwa ada kaitan kerajaan negeri dan Insaniah Holdings, beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan terhadap perkara itu.

“Mereka boleh mengeluarkan minit mesyuarat itu tetapi kalau ikut prosedur, ia adalah rahsia.

“Mereka juga lebih tahu sebenarnya mereka yang menjadi punca masalah ini (Insaniah). Kita cuma mewarisi masalah dan sekarang ini tanggungjawab menyelesaikan masalah terletak pada bahu kerajaan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah turut menasihati pembangkang tidak membangkitkan banyak perkara kerana tidak mahu mengaibkan mereka dengan pendedahan pada masa akan datang.
0 Komentar untuk "Isu Insaniah: 'Kami hanya mewarisi masalah mereka'"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI