http://www.sinarharian.com.my/kehancuran-mesir-penuhi-impian-al-sisi-1.193898
KAHERAH - Cita-cita untuk melihat kehancuran Mesir dan pembunuhan ratusan rakyat negara itu bagaikan ‘hadiah’ kepada pemerintahan kerajaan sementara di Mesir.
Ketika Dataran Al-Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera yang juga Timbalan Perdana Menteri 1 kerajaan sementara Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terdiri daripada Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain.
Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di Kaherah, Abdel Fattah mengulangi keyakinan bahawa rakyat Mesir tidak akan melupakan sokongan dan jasa-jasa daripada negara terbabit.
“Rakyat Mesir mempunyai kebebasan memilih siapa yang mereka mahu sebagai pemerintah. Tentera dan polis akan melindungi hak rakyat untuk memilih pemimpin mereka,” katanya.
Sementara itu, Menteri Luar Saudi, Putera Saud al-Faisal berkata dalam satu kenyataan bahawa negara Arab dan Islam akan campur tangan membantu Mesir, sekiranya Barat mengurangkan bantuan ke Kaherah.
“Kepada negara yang mengumumkan akan memotong bantuan atau mengancam untuk berbuat demikian di Mesir, negara Arab dan Islam tidak akan teragak-agak untuk membantu Mesir, “katanya dipetik Press TV
Kenyataan itu disuarakan selepas bertemu dengan Presiden Perancis Francois Hollande untuk membincangkan keganasan di Mesir.
Terdahulu, Senator Amerika Syarikat John McCain menggesa Washington menggantung bantuan yang selama ini disalurkan kepada tentera bernilai AS$1.3 bilion (RM 5 bilion) setahun.
Bagaimanapun, beberapa Ahli Parlimen AS menyifatkan penggantungan itu membahayakan Perjanjian damai Mesir dengan Israel 1979 kerana boleh menjejaskan kepentingan di Terusan Suez.

0 Komentar untuk "Kehancuran Mesir penuhi impian Al-Sisi"