Batu kapur punca gempa bumi di Kupang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Batu kapur punca gempa bumi di Kupang

http://www.sinarharian.com.my/batu-kapur-punca-gempa-bumi-di-kupang-1.193836

ALOR SETAR - Kejadian gempa bumi kecil berukuran 3.8 skala Richter yang melanda Kupang, Baling hari ini berkemungkinan disebabkan struktur tanah yang tidak stabil dan kukuh pada dasar bumi.

Pakar Sistem Maklumat Geografi (GIS), Shahrol Niza Omar berkata, kejadian gempa bumi kebiasaannya berlaku apabila terjadi pergerakan mengejut di permukaan bumi.

Menurutnya, apabila berlaku pergerakan atau pergeseran batu dalam tenaga yang tersimpan di dalam bumi, permukaan bumi akan turut bergerak.

“Kawasan yang dilanda gempa bumi kebiasaannya mempunyai struktur tanah yang tidak stabil dan kukuh.

“Kemungkinan juga mempunyai bongkah batu yang besar. Apabila berlaku hujan, aliran air akan membawa tanah dan air bawah tanah.

“Ini akan menyebabkan ruang berongga seterusnya kedudukan bongkah batu tidak stabil,” katanya pada Sinar Harian, hari ini.

Hari ini, Bernama melaporkan, gempa bumi lemah berukuran 3.8 skala Ricther melanda Kupang, Baling pada 8.26 pagi tadi.

Menurut laporan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut gempa bumi berpusat di 11 kilometer Selatan Baling dan gegaran boleh dirasai di sekitarnya

Sementara itu, Shahrol Niza berkata, keadaan fizikal geografi di Kupang, Baling yang mempunyai ‘limestone’ (batu kapur) juga kemungkinan antara penyebab berlaku gempa berskala kecil.

“Ini antara faktor yang tidak boleh ditolak sebagai penyebab berlaku gemba bumi di situ,” katanya lagi.

Beliau yang juga Pengarah Eksekutif, SRS Geosurv Solution Sdn Bhd berkata, kejadian sama juga boleh berulang pada masa tertentu.

“Tiada amaran gempa bumi dikeluarkan sebab tidak dapat mengesan gegaran yang terlalu kecil. Selalunya, lokasi yang terdedah dengan kejadian seperti ini membabitkan kawasan yang mempunyai batu kapur dan berbukit.

“Kita tidak berupaya untuk menangani perkara ini, namun Jabatan Meteorologi Malaysia boleh membuat kajian untuk mengesan pergerakan di bawah bumi,” katanya.
0 Komentar untuk "Batu kapur punca gempa bumi di Kupang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI