http://www.sinarharian.com.my/ceo-kesatuan-sekerja-mas-sokong-pelan-pemulihan-1.194267
PETALING JAYA - Kesatuan sekerja dan persatuan pekerja Malaysia Airlines (MAS) menyokong penuh rancangan pemulihan pengurusan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Ahmad Jauhari Yahya, hari ini.
Pengurusan masih berbincang dengan Kesatuan Pekerja MAS (Maseu), katanya ada satu sidang akhbar.
Maseu menyuarakan kebimbangan tentang kerugian MAS sekarang dan telah membuat beberapa kenyataan mengenai kumpulan itu.
Tujuh pemimpin Kesatuan Sekerja dan Persatuan Pekerja MAS, termasuk dari Sabah dan Sarawak, hadir pada sidang akhbar itu.
MAS mempunyai empat kesatuan sekerja dan empat pertubuhan pekerja.
"Kami yakin dapat menyelesaikan masalah secara dalaman. Seperti juga mana-mana syarikat, kami mempunyai isu dan cabaran," tegas beliau.
Ditanya tentang kontraknya, yang dikatakan akan berakhir tidak lama lagi, Ahmad Jauhari enggan mengulas, tetapi berkata bahawa itu rahsia.
Beliau kemudian menjawab, "Saya mahu pastikan saya ada di sini untuk melihat syarikat ini mencapai keuntungan" apabila ditanya sama ada beliau akan masih menerajui MAS untuk mencapai keuntungan. - Bernama

0 Komentar untuk "CEO: Kesatuan sekerja MAS sokong pelan pemulihan"