ZAKAT EMAS
Islam memandang emas
sebagai unsur kekayaan alam yang hidup, iaitu mampu berkembang dan dikembangkan.
Daripada emas, manusia dapat menjana kekayaan dalam bentuk lain. Malah
disebabkan sifatnya yang istimewa maka ia dijadikan mata wang dan perhiasan
bagi wanita oleh sebab itu, Allah S.W.T mewajibkan zakat ke atas emas.
Kewajipan menunaikan
zakat emas telah disebut secara jelas dalam al-Quran, Allah S.W.T berfirman:
Wahai orang-orang yang
beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama
(Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan
mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah)
orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada
jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang
tidak terperi sakitnya.
[At-Taubah
9:34]
Rasulullah S.A.W turut
memberi amaran kepada golongan yang enggan menunaikan zakat emas dengan sabda
Baginda: Pemilik emas dan perak (Riwayat Muslim)
Emas yang diwajibkan
zakat meliputi emas perhiasan, emas simpanan seperti jongkong dan mata wang
emas. Walau bagaimanapun bagi emas perhiasan iaitu emas yang dipakai di badan,
Islam memberi pelepasan berdasarkan corak pemakaian emas setempat yang disebut
sebagai uruf. Emas perhiasan hanya diwajibkan zakat apabila melebihi uruf.
Kadar uruf dirujuk
kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing. Kadar uruf bagi negeri
Selangor misalnya, adalah seberat 800g. Namun, ada juga negeri-negeri yang
menentukan kadar uruf mereka berdasarkan nilaian Ringgit Malaysia (RM). Berikut
adalah jadual uruf emas bagi negeri-negeri di Malaysia.
Bagi emas perhiasan
bercampur dengan perhiasan lain seperti batu permata, berat emas boleh
diketahui dengan merujuk kepada resit belian. Seandainya tiada resit belian,
maka perlu dibuat berdasarkan andaian. Misalnya bagi gelang yang nisbah emas
dan batu permata lebih kurang 50:50, maka diandaikan berat emas separuh
daripada berat keseluruhan perhiasan itu.
Timbul juga kekeliruan
maksud emas dipakai dan emas yang disimpan. Emas yang dipakai bermaksud emas
yang dipakai walaupun hanya sekali dalam tempoh setahun, maka dinamakan emas
perhiasan. Manakala emas yang langsung tidak dipakai walau sekali dalam
setahun, maka dinamakan emas simpanan. Manakala bagi emas yang dijadikan
perhiasan atau kelengkapan rumah, misalnya pinggan mangkuk yang diperbuat
daripada emas atau gigi yang diperbuat daripada emas, maka ia dikategorikan
sebagai emas yang dipakai dan kiraannya adalah sama dengan kaedah emas
perhiasan yang dipakai.
Bagi perak pula,
nilainya pada hari ini sudah jatuh begitu rendah sehingga memilikinya tidak
lagi dianggap sebagai kekayaan. Oleh itu, umat Islam tidak lagi berminat
memiliki dan mengumpul barangan perak. Walaupun demikian, perlu diketahui nisab
bagi perak, sama ada dipakai atau disimpan ialah 595g. wajib dikeluarkan zakat
sekiranya mencapai atau melebihi nisab perak dengan kadar sebanyak 2.5 peratus.
Emas yang tidak dipakai seperti emas jongkong, emas yang rosak atau memang
senagaja tidak diapaki walau sekali dalam setahun, maka tiada uruf ke atasnya.
Apabila beratnya mencapai 85g dan ke atas, maka wajiblah dikeluarkan zakatnya
2.5%.
Nisab
emas
Emas wajib dikeluarkan
zakat apabila mencapai berat 85g (20 misqal) sebagaimana sabda Rasulullah
S.A.W.
Apabila kamu ada 200
dirham dan cukup haul maka zakatnya 5 dirham dan tidak dikenakan zakat ke atas
kamu sehingga kamu memiliki 20 dinar dan cukup satu haul maka zakatnya adalah
separuh dinar, begitulah kiraan zakat seterusnya (Riwayat Abu Dawud dan
Baihaqi)
Kadar
Kadar zakat emas ialah
1/40 atau 2.5%.
Haul
Satu tahun
0 Komentar untuk "ZAKAT EMAS"