KENAPA MENYIMPAN EMAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

KENAPA MENYIMPAN EMAS

1. Nilai wang semakin jatuh
Wang mengalami susut nilai, amat rugi jika simpan wang kertas ditambah pula dengan inflasi. Semakin lama semakin banyak wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu barang. Andaikan jika wang kertas dikoyak koyak, adakah anda kutip? Sudah tentulah tidak. Tetapi jika emas walaupun sudah menjadi serbuk sekalipun, pasti ramai yg mahu. inilah contoh paling mudah untuk melihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja.

2. Pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang amat selamat.
Simpanan di ASB 8% dividen manakala kenaikan harga emas adalah sebanyak 20%-36% setahun.

3. Emas adalah aset yg mudah cair
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya. Jika anda jual, anda telah kehilangan aset berharga. Oleh itu anda digalakkan memajak di Ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampu tebus sekaligus - harta tak luak, duit juga dapat.

4. Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yang berjaya mencipta emas. Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.

5. Pelindung kekayaan
Emas bernilai untuk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yang baik untuk jangkamasa panjang. Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.

6. Portfolio Simpanan dan Pendapatan

Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham. Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.
0 Komentar untuk "KENAPA MENYIMPAN EMAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI