http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tcrs-naik-taraf-imej-restoran-1.182519
SELAMA 13 tahun beroperasi, peneraju rangkaian restoran keluarga halal, The Chicken Rice Shop (TCRS), faham akan keperluan pelanggan. Kini, TCRS tersebut melalui fasa pengembangan yang lebih efisien dengan imej baru.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wong Kah Lin berkata, proses naik taraf itu dilakukan selaras meneruskan era kegemilangan memandangkan permintaan disambut baik cawangan di kota mahupun luar bandar.
Menurutnya, rahsia kejayaan TCRS berkembang adalah kerana masyarakat Malaysia suka menjamu selera dan tidak teragak-agak berbelanja sekiranya makanan itu memikat selera.
"Nasi ayam begitu dekat dengan budaya Malaysia. Masyarakat kita tanpa mengira bangsa dan keturunan boleh menikmati hidangan nasi ayam.
"Kehadiran kami dalam industri menghidupkan lagi jenama makanan tempatan kesukaan ramai ini," katanya yang mewarisi perniagaan daripada ibunya pengasas TRCS, Gaik Wong.
Tingkatkan imej restoran
Menurut Kah Lin, perniagaan berasaskan ayam adalah satu wawasan yang dicetuskan keluarganya. Tambahan pula, Gaik Wong mempunyai pengalaman lebih 30 tahun terlibat secara langsung dengan perniagaan berteraskan industri menjual ayam iaitu, KFC.
TRCS sedang menaik taraf beberapa cawangan secara berperingkat. Cawangan di The Garden Mid Valley, adalah cawangan pertama yang tampil dengan imej baru.
"Kami jangkakan lapan cawangan lain dinaiktarafkan sehingga akhir bulan ini, antaranya Great Eastern Mall, Kuala Terengganu, dan Times Square serta beberapa lokasi lagi.
"Kami melabur RM500,000 untuk tujuan naik taraf yang melibatkan ruangan makan lebih besar terutama untuk keluarga yang datang secara berkumpulan, hiasan dalaman dengan dekorasi lebih ceria dan bahagian penyediaan makanan," katanya.
Semua cawangan adalah di bawah pengurusan syarikat. Pada masa sama, TCRS tidak beroperasi secara francais namun untuk urus niaga di luar negara, syarikat masih mencari rakan kongsi.
TCRS ketika ini membuka cawangan di Singapura (2), Taiwan (2), Filipina (4) dan satu masih dalam pembinaan di Brunei.
"Untuk pasaran tempatan, pengembangan kami adalah secara menyeluruh, sehingga hujung tahun ini, lokasi yang menjadi sasaran cawangan baru adalah Kulai (Johor), Mentakab (Pahang), dan Seri Iskandar, serta Teluk Intan (Perak)," katanya.
TCRS juga menubuhkan tiga cabang perniagaan berteraskan makanan dan pencuci mulut, Sweet Chat, Dubu Dubu dan Pancake House International melalui usahasama pengendali restoran di Filipina.
Cabaran tenaga kerja
Kah Lin berkata, antara cabaran paling sukar diatasi ketika ini setiap kali membuka cawangan baru mahupun berlaku pengubahsuaian TCRS adalah tenaga kerja yang terhad.
Namun, kekangan sumber itu sama sekali tidak membatasi hala tuju restoran nasi ayam kegemaran ramai ini berkembang. Tahun ini, lima hingga lapan cawangan baru bakal dibuka dengan pelaburan RM750 juta untuk setiap cawangan.
Melihat sambutan memberangsangkan, Kah Lin berkata, syarikat menyasarkan jualan meningkat sekurang-kurang 15 peratus. Kebiasaannya, prestasi jualan suku kedua lebih cemerlang berbanding pertama.
Sepanjang Ramadan hingga 1 September, menu baru, Ayam Percik Kelantan hasil sentuhan Chef Selebriti, Datuk Chef Ismail Ahmad diperkenalkan.
Setiap tahun, TCRS lazimnya melancarkan enam produk baru dan produk itu menyumbang 20 peratus ke atas pertumbuhan jualan keseluruhan. Syarikat juga memperuntukkan RM200,000 hingga RM400,000 untuk tujuan komersil dan promosi sepanjang tahun ini.
"Menu itu diharapkan menyemarakkan lagi sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang boleh didapati di 56 cawangan TCRS," katanya.

0 Komentar untuk "TCRS naik taraf imej restoran"