http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tampil-menawan-setiap-masa-1.182525
WAJAH yang menawan adalah impian setiap wanita. Untuk tampil anggun, wanita kini boleh memilih pelbagai jenama yang sesuai agar kejelitaan lebih terserlah. Perang Jenama minggu ini memaparkan jenama penjagaan kulit wajah yang sinonim dengan kegunaan harian untuk tampak menawan sepanjang masa.
Pengarah Pemasaran Garnier, Christina Low
Kami berbangga dengan keupayaan kami untuk menyerlahkan kecantikan dan keyakinan wanita dengan memastikan produk kami memenuhi keperluan wanita yang seronok menjaga diri mereka.
Wajah adalah satu daripada aspek penting penampilan luar wanita dan apabila mereka gembira dengan penampilan luar mereka, kecantikan akan terserlah dari dalam.
Setiap individu mempunyai kecantikan semula jadi mereka sendiri dan mereka mempunyai kuasa untuk menyerlahkan kecantikan ini. Matlamat kami adalah untuk menyerlahkan kecantikan semula jadi wajah mereka dan menjadikan mereka individu yang baru. Dengan Garnier Light Complete, kami berusaha untuk membantu pengguna kami kelihatan cantik dan rasa menarik, membolehkan mereka melangkah hari demi hari dengan wajah yang lebih ceria.
Produk kami terbukti dapat memberikan pelbagai tindakan untuk menjadikan wajah lebih cantik dan lebih berseri, sambil menghaluskan dan melindungi kulit daripada matahari. Garnier Light Complete boleh mencerahkan warna kulit anda sehingga dua tona lebih cerah dan menjadikannya sihat dan cantik berseri, dengan keberkesanan yang boleh dilihat dan diukur dalam masa hanya 14 hari. Produk ini dijual pada harga runcit RM20.90 dan boleh didapati di semua pusat jualan runcit utama.
Pengurus Besar Bahagian Produk Pengguna L’Oreal Malaysia, Low Chooi Hoon
L’Oreal Paris adalah pemimpin dalam dunia kecantikan global. Sebagai jenama yang telah memberi tumpuan kepada wanita global selama lebih 100 tahun, L’Oreal Paris telah memainkan peranan penting dalam sejarah kecantikan dengan pelbagai kelebihan produk yang sehingga hari ini terus menyumbang kepada harga diri, keyakinan dan kepuasan wanita.
Dengan rangkaian pelbagai produknya yang serba maju, L’Oreal Paris menyokong dan memperkasakan wanita dalam semua peringkat umur dan latar belakang dengan membantu mereka tampak paling menarik.
L’Oreal Paris sentiasa membuat pembaharuan untuk membawakan tawaran terbaik dalam kelasnya kepada pelanggan dengan mencorakkan masa depan kecantikan.
Buat masa ini, L’Oreal Paris menawarkan produk penjagaan kulit untuk wanita dan lelaki; penjagaan rambut, dandanan dan pewarna rambut; dan mekap di Malaysia.
L’Oreal Paris sentiasa komited untuk mendalami kefahaman kecantikan dan bagaimana produk kami membantu memperkasakan wanita. Peranan dan keperluan wanita sentiasa berubah, begitu juga produk kami yang selari dengan perubahan peranan dan keperluan wanita.
Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura, Vaibhav Saran
Di Malaysia, Clean & Clear mempunyai enam rangkaian produk, iaitu Deep Action, Active Clear, Clear Fairness, Watery Light, Essentials dan rangkaian Fruit Essentials yang terbaru.
Rangkaian berbeza ini direka untuk disesuaikan dengan pilihan individu dan keperluan kulit, kesemuanya direka dengan satu tujuan membantu remaja dan wanita muda mengekalkan kulit bersih, berseri dan cantik supaya mereka tampil menawan di kalangan rakan mereka.
Oleh itu, rangkaian baharu yang menyeronokkan dan beraroma buah Clean & Clear ini khas untuk membangunkan remaja dengan teknologi pembersihan yang menyegarkan.
Pembersih muka Fruit Essentials ini bukan sahaja menangani masalah keletihan tetapi juga membersihkan, agar kulit bermaya dan menyerikan kulit. Setiap jenis pembersih muka Fruit Essentials ini juga diformulasikan khas untuk disesuaikan dengan keperluan kulit yang berbeza. Tiada siapa yang lebih memahami kulit remaja seperti kami.
Sebagai produk penjagaan kulit global di bawah jenama Johnson & Johnson, pasukan pakar kulit remaja Clean & Clear komited mengkaji akan kulit remaja dan menyediakan penyelesaian untuk memenuhi keperluan remaja dengan teknologi penjagaan kulit paling inovatif.

0 Komentar untuk "GARNIER: Tampil menawan setiap masa"