http://www.sinarharian.com.my/bisnes/airasia-x-lancar-penerbangan-ke-busan-1.182923
KUALA LUMPUR - AirAsia X melancarkan penerbangan pertamanya ke Busan hari ini dengan muatan penumpang 86 peratus.
Busan adalah destinasi kedua penerbangan itu di Korea selepas Seoul.
Ia adalah penerbangan terus pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Busan, kata AirAsia X dalam satu kenyataan.
Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz disebut sebagai berkata bahawa penerbangan ke Busan adalah hasil dedikasinya kepada wilayah Asia Pasifik.
"Kami percaya menerusi hub kami di Kuala Lumpur dan di negara-negara di mana AirAsia Group telah diwujudkan, kami akan merangsang permintaan perjalanan baru dari Busan, kawasan sekitarnya dan sebaliknya," kata beliau.
AirAsia X memulakan penerbangan empat kali seminggu antara Kuala Lumpur dan Busan dengan pesawat Airbus A330-300 dan konfigurasi tempat duduk 12 Premium Flatbed dan 365 ekonomi. - Bernama

0 Komentar untuk "AirAsia X lancar penerbangan ke Busan"