http://www.sinarharian.com.my/semasa/skmm-pasangan-persenda-ramadan-beri-keterangan-1.182500
KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil pasangan yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, di laman Facebook mereka.
Pengerusi SKMM, Dato' Mohamed Sharil Tarmizi mengesahkan bahawa kedua-dua individu, Alvin Tan dan Vivian Lee, telah dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka dan membantu siasatan.
"Kami telah memanggil pasangan tersebut. Mereka dijangka hadir di pejabat penguatkuasaan SKMM esok," kata Dato 'Sharil.
Pasangan itu memaparkan gambar di laman Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan yang tidak halal dengan kapsyen "Selamat berbuka puasa dengan Bak Kut Teh... Wangi, enak dan menyelerakan!"
Dalam kes berasingan di laman Facebook yang lain yang mempersenda bulan Ramadan dengan menyiarkan iklan gambar babi panggang dengan cap Logo Halal, Dato' Mohamed Sharil berkata bahawa pemilik akaun tersebut bukan rakyat Malaysia dan tidak bermastautin di negara ini.
"Kami telah melaporkan perkara ini kepada Facebook dan meminta mereka untuk menyekat laman berkenaan atau memadam akaun tersebut," jelas Dato' Mohamed Sharil.
Pengerusi SKMM itu juga menasihati orang ramai supaya segera melaporkan kepada Facebook melalui ‘onboard tab’, jika mereka menjumpai mana-mana paparan yang menghina kesucian Islam.
Pengguna Facebook juga dinasihatkan untuk tidak berkongsi paparan atau foto yang menyinggung perasaan untuk mengelakkan ianya daripada tersebar dan melukakan perasaan orang lain.
"Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menghormati bulan Ramadan dan rakan-rakan kita yang beragama Islam. Kita perlu sentiasa bertanggungjawab ke atas semua tindakan kita di dalam talian serta lebih peka terhadap sensitiviti orang lain terutamanya mengenai isu-isu agama. Sila berhenti dan berfikir sejenak sebelum kita berkongsi apa-apa maklumat di dalam talian," pesan Dato' Mohamed Sharil.
Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (ASKMM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital.
Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.
Dalam pada itu, Alvin dan Vivian telah memuat naik sebuah video memohon maaf atas tindakan mereka itu yang disiarkan di laman Youtube petang ini susulan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengecam tindakan mereka.
Dalam video berdurasi 1 minit 22 saat yang berbahasa Melayu beserta sari kata Bahasa Inggeris, Alvin berkata mereka tidak berniat menghina, mempersenda atau memperlekehkan Islam mahupun mencetuskan perbalahan kaum.
"Kami amat menyesali perbuatan kami yang tidak hormat kepada kepercayaan dan sensitiviti agama di Malaysia yang berbilang kaum ini," katanya di dalam video itu. - Bernama

0 Komentar untuk "SKMM: Pasangan persenda Ramadan beri keterangan"